Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458267
Title: Pengurusan program dakwah kepada saudara baru di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi (PDI) Negeri Sembilan
Authors: Muhammad Naquib Kamarul Zaman (P78789)
Supervisor: Nur Athiroh Masyaa'il Abdullah @ Tan Ai Pao, Dr.
Keywords: Pengurusan
Dakwah
Saudara baru
Pusat Dakwah Islamiah
Paroi (PDI) Negeri Sembilan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  25
Description: Pusat Dakwah Islamiah, (PDI) Paroi Negeri Sembilan adalah sebuah badan dakwah yang berperanan dalam membantu saudara baru khususnya di Negeri Sembilan untuk mengenali agama Islam secara menyeluruh bertepatan dengan manhaj al-Qur'an dan al-Sunnah. Pengurusan program dakwah yang tidak efisyen menyebabkan penyampaian dakwah menjadi tidak sempurna. Kekurangan pegawai dan staf, banyak aktiviti yang melibatkan saudara baru seperti aktiviti ziarah dari rumah ke rumah, pelaksanaan kelas-kelas pengajian agama serta lain-lain aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan memuaskan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengurusan dakwah yang dilaksanakan oleh PDI secara khusus kepada saudara baru. Kajian ini juga mengenal pasti program-program dakwah kepada saudara baru yang dilaksanakan oleh PDI serta mengkaji permasalahan yang timbul dalam pengurusan dakwah terhadap saudara baru. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temu bual secara berstruktur. Seramai empat orang pegawai telah dipilih sebagai informan kajian melalui pensampelan bertujuan (purposive sampling). Data dianalisis dengan cara mendengar kembali, menulis verbatim dan seterusnya mengkategorikan pernyataan-pernyataan informan. Hasil kajian menunjukkan bahawa PDI merupakan bahagian yang menguruskan hal ehwal berkaitan saudara baru dan pengurusan program dakwah yang digunapakai oleh unit ini dianggap bersesuaian dengan citarasa saudara baru masa kini. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan,pengurusan program dakwah yang diaplikasikan oleh PDI boleh membantu mereka untuk menjadi Muslim yang lebih baik serta berkualiti dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu, kajian ini dapat memberi sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti PDI, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta lain-lain agensi dalam menjalankan usaha dakwah kepada saudara baru di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 152
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121035+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
597.8 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.