Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458266
Title: | Kepuasan kerja guru agama Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan |
Authors: | Muhamad Hatim Mahazari (P89992) |
Supervisor: | Ahmad Irdha Mokhtar, Dr. |
Keywords: | Guru agama Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan Kepuasan kerja Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22 |
Description: | Pendidikan merupakan satu perkara yang amat penting dalam segenap lapisan masyarakat. Dalam pendidikan, guru merupakan orang yang paling penting dalam melahirkan murid yang berpengetahuan dan mempunyai akhlak yang mulia. Tugas hakiki warga pendidik adalah lebih kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun mutakhir ini selain daripada tugas asas mengajar, guru-guru turut dibebankan dengan tugas luar seperti kerja-kerja perkeranian. Selain itu, perkembangan dunia pendidikan semasa juga telah mempengaruhi faktor kepuasan kerja guru. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji latar belakang guru agama Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta mengkaji faktor-faktor kepuasan kerja guru dan diakhiri dengan menganalisis tahap kepuasan kerja guru YIK. Kajian ini merupakan penyelidikan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik dan dianalisis menggunakan sistem SPSS . Dapatan kajian menunjukkan faktor kepuasan kerja paling tinggi ialah komitmen dengan nilai min=4.388. Manakala corak kepimpinan sekolah dan hubungan dengan rakan sekerja juga berada pada tahap tinggi dengan masing-masing mencatat skor min=3.816 dan min=3.784. Seterusnya persekitaran sekolah dan beban tugas juga berada pada tahap tinggi dengan masing-masing mencatat skor min min=3.699 dan min=3.509. Namun terdapat dua faktor kepuasan kerja yang berada pada tahap sederhana iaitu kenaikan pangkat dan gaji dengan nilai skor min min=3.179 dan min=3.141. Secara keseluruhan guru Agama Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan berpuas hati dari komitmen, corak kepimpinan sekolah, hubungan dengan rakan sekerja, persekitaran sekolah dan beban tugas. Sebaliknya mereka kurang berpuas hati dari segi kenaikan pangkat dan gaji. Oleh itu kajian ini mencadangkan supaya pihak pengurusan mengekalkan kepuasan yang sedia ada dan mengambil tindakan serta membuat penambahbaikan terhadap faktor yang kurang memberi kepuasan supaya dapat membentuk budaya kerja yang memberi kepuasan kepada guru.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 101 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121034+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 460.54 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.