Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458265
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHakim Bin Zainal-
dc.contributor.authorArtisno Sailan (P73375)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:37Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:37Z-
dc.date.issued2017/05/16-
dc.identifier.otherukmvital:120980-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458265-
dc.descriptionPenelitian terhadap karya silam dan kontemporari mendapati bahawa memahami penggunaan kata nafi adalah sangat penting. Hakikatnya ia tidak mendapat perhatian sepenuhnya khususnya dalam kalangan pelajar. Bagi mereka, ia digunakan hanya untuk menafikan ayat, tetapi mereka tidak mengetahui makna kata nafi tersebut secara terperinci serta perbezaan yang wujud antara kata-kata tersebut, ataupun mengetahui cara penggunaan setiap kata tersebut secara tepat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis penggunaan kata nafi yang khusus pada ayat kerjaan dalam bahasa Arab, di samping menganalisis aspek sintaksis dan makna serta pola ayat penafian kerjaan dalam surah al-Taubah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif, menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data yang diperolehi melalui bahan-bahan tertentu seperti buku, prosiding, artikel jurnal serta kajian disertasi dan tesis kemudiannya dikumpulkan dan dianalisis secara diskriptif. Metode dokumentasi digunakan untuk mengenal pasti fungsi sintaksis. Ia juga digunakan bagi mengenal pasti makna ayat berdasarkan tafsiran para ulama', serta makna masa yang wujud berdasarkan perbincangan ilmuan nahu. Metode analisis diskriptif pula digunakan untuk menganalisis kata nafi pada ayat kerjaan yang meliputi aspek sintaksis serta pola ayat. Ia juga digunakan bagi menganalisis makna yang terhasil berdasarkan perbincangan ahli tafsir dan ilmuan nahu. Hasil kajian mendapati terdapat 6 kata nafi yang khusus pada ayat kerjaan iaitu لمّا، إن، لن، لم، ما danلا. Pada aspek sintaksis, terdapat kata nafi yang mempunyai kefungsian iaitu لَمْ، لَنْ dan لمَّا dan terdapat kata nafi yang tidak mempunyai kefungsian iaitu لَا، مَا dan إِنْ. . Dalam surah al-Taubah, kata nafi لَا، لَمْ، لَمَّا dan لَنْ hanya menafikan ficl mudaric , manakala kata nafi مَا dan إِنْ hanya menafikan ficl madi. Makna masa yang dapat dikaitkan dengan enam kata nafi tersebut ialah kala lampau, kala kini dan kala hadapan. Selain itu, terdapat kata nafi yang menafikan ficl mudaric akan tetapi ia membawa makna penafian kala lampau iaitu pada kata nafi لَمْ. Begitu juga terdapat kata nafi yang menafikan ficl mudaric tetapi ia membawa makna penafian kala lampau yang hampir dengan waktu kini iaitu pada kata nafi لمّا. Hasil kajian juga mendapati terdapat 6 pola utama pada ayat penafian kerjaan dalam surah al-Taubah. Hasil kajian ini memberi implikasi penting ke atas penuntut bahasa Arab khususnya dan masyarakat umumnya bagi meningkatkan kefahaman terhadap al-Qur'an,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectQur'an. -- Surah Al-Tawbah-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectArabic language -- Syantax-
dc.subjectArabic language -- Study and teaching-
dc.titleAnalisis sintaksis dan makna kata nafi pada ayat kerjaan dalam surah at-Tawbah-
dc.typetheses-
dc.format.pages253-
dc.identifier.callnoPJ6151.A73 2017 tesis-
dc.identifier.barcode002898 (2017)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120980+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.