Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458264
Title: | Radd al-qiraat al-qur'aniyyah al-mutawatirah fi zill al-usul al-nahwiyyah bayna al-rafd wa al-qabul |
Authors: | Baraa Husam Sa'id (P47767) |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Qur'an -- Readings Dissertations, Academic -- Malaysia Arabic language -- Grammar -- Theory etc. -- History |
Issue Date: | 16 |
Description: | Kajian ini berkait rapat dengan usul al-nahw, di mana terdapat beberapa sarjana tatabahasa menolak qira'at Qur'an yang mutawatir berdasarkan kepada periwayatan bahasa, meskipun kebanyakan riwayat itu adalah lemah berbanding periwayatan qira'at Quran yang mutawatir. Mereka juga melabelkan para qurra' berkaitan dengan tidak tepat atau hanya sekadar mengambil qira'at itu terus daripada mushaf. Sedangkan mereka sepatutnya mengutamakan periwayatan qira'at berbanding periwayatan bahasa dalam usul al-nahw mereka dan juga mengkaji bahasa-bahasa orang Arab melalui bahasa yang digunakan oleh qira'at tersebut. Jika ia ditemui, qira'at itu boleh menjadi indikator terhadap kefasihan bahasa itu, dan bukan sebaliknya. Atas dasar itu, kajian ini bermatlamat untuk mengetahui perkaitan Qira'at Tujuh dengan al-Qur'an, membuktikan ketawaturannya dengan dalil naqli dan aqli, di samping mengenalpasti usul al-nahw yang dipegang oleh sarjana tatabahasa dan metode mereka dalam meriwayat ungkapan orang Arab berbanding periwayatan qira'at tujuh. Kajian juga membincangkan tentang usul al-nahw, menyerlahkan kebenaran atau kelemahan hukumnya berdasarkan komentar sebahagian sarjana terhadap metode sarjana tatabahasa dan membincangkan beberapa tempat dalam qira'at tujuh yang diperselisihkan oleh sarjana tatabahasa antara penolakan dan penerimaan, dengan berlandaskan kepada bukti dalam melakukan pentarjihan. Kajian ini menggunakan metode yang komprehensif sebahagiannya menggunakan metode penelitian secara menyeluruh untuk mengenalpasti ayat dan qira'at yang diperselisihkan. Ia juga menggunakan metode deskriptif analisis dan metode bandingan. Antara dapatan utama kajian ini ialah, kajian dapat menyerlahkan beberapa titik kelemahan pada metode ahli tatabahasa Arab dalam berinteraksi dengan Qira'at Qur'an. Kajian juga memaparkan betapa ahli tatabahasa terlepas pandang banyak perkara dalam perbendaharaan teks yang mutawatir lagi autentik jika dibandingkan dengan teks-teks puisi dan prosa yang menjadi dasar pengkaedahan mereka yang tidak sampai pun keabsahannya ke tahap Qira'at Qur'an. Kajian juga menjelaskan bahawa para sarjana tatabahasa mengabaikan aspek al-jarh wa al-ta'dil dalam metode pengumpulan bait-bait puisi yang menjadi sandaran mereka dan juga metode pembuktian menggunakan kata-kata orang Arab. Kajian juga merumuskan satu kaedah tatabahasa yang betul berasaskan hasil perbandingan antara pendapat para sarjana dalam segenap perincian perselisihan yang terdapat dalam karya para sarjana tatabahasa yang menolak Qira'at ini dengan karya sarjana lain yang membidas pendapat mereka. Ia disokong dengan pembuktian menggunakan dialek Arab yang seiring dengan Qira'at tersebut jika ia ditemui,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 230 |
Call Number: | BP131.5.S237 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458264 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120968+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.2 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.