Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458261
Title: Sumbangan ulama dalam pembangunan pondok di Besut Terengganu
Authors: Mohamad Ekhbar Daud (GP01886)
Supervisor: Farid Mat Zain, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Ulama -- Terengganu
Islamic religious education -- Malaysia -- Terengganu
Issue Date:  22
Description: Bertitik tolak daripada garapan Jasni Sulong dan Wan Zulkifli et al. nyatalah bahawa perkembangan pendidikan Islam di pantai timur Tanah Melayu adalah hasil daripada peranan ulama dan institusi pondok. Peranan yang dibawa oleh ulama termasuk aspek pendidikan, undang-undang dan fatwa mengangkat syiar Islam di pantai Timur termasuklah di Terengganu. Besut merupakan sebuah daerah di Terengganu yang dikenali sebagai kawasan yang kaya dengan khazanah keilmuan Islam hasil curahan ulama terdahulu. Secara asasnya ulama yang berada di Besut sebahagiannya adalah golongan penghijrah yang berasal dari Patani. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengamati sejarah perkembangan Islam di Daerah Besut, Terengganu di samping meneliti perkembangan ulama Besut dalam perkembangan pendidikan Islam di Terengganu. Selain itu, kajian ini juga menganalisis sumbangan ulama dalam pembangunan pondok dan pendidikan Islam di Besut. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan dokumentasi. Dalam pengumpulan data, data kajian dikumpul menggunakan analisis dokumen terhadap sumber-sumber primer dan sekunder disamping temu bual terhadap pihak berwajib dan pewaris kepada ulama-ulama yang membangunkan pondok di Besut. Bagi kaedah analisis data kajian ini pula menggunakan pendekatan induktif. Dapatan kajian menghujahkan perkembangan Islam di Besut menjadi pesat berikutan penghijrahan ulama Patani yang membuka ruang kepada masyarakat Besut untuk mendalami ilmu agama. Secara tidak langsung, ia juga membawa kepada penubuhan pondok-pondok pengajian hinggakan dianggap daerah yang paling banyak pondok selepas Kuala Terengganu. Disamping itu, pengajian pondok di Besut juga telah melahirkan pelapis tradisi keilmuan Islam yang terdiri daripada anak tempatan untuk meneruskan legasi ilmu agama hingga ke hari ini. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Sultan Umar dan Sultan Zainal Abidin III yang cenderung kepada agama dan mempraktikkan hukum syarak dalam pemerintahannya dengan nasihat ulama. Selain itu, penghasilan karya-karya merupakan manifestasi pelbagai keilmuan ulama di Besut. Antaranya al-Targhib wa al-Tarhib fi Bayc wa Assara dan Ayyuha al- Walad karya Tuan Hasan Besut. Kini, ulama dan pendidikan di Besut mengorak langkah baru dengan Program Ulul Albab yang mengasimilasikan pendidikan pondok dan moden. Hasil jalinan tersebut membawa kepada penubuhan sekolah seperti Sekolah Imtiaz dan MRSM Ulul Albab. Kajian ini menyumbang kepada pemerkasaan pendidikan Islam di Malaysia dengan memadukan keilmuan turath dengan moden dalam menghadapi pembelajaran abad ke-21 selain memartabatkan kajian peranan ulama dalam mengharmonikan dan mendidik masyarakat tempatan.,Tesis ini ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Pengajian Islam
Pages: 154
Call Number: BP185M8534 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120914+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.