Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458256
Title: | Pembaharuan Yusoff Zaky Yacob dalam penerbitan majalah pengasuh |
Authors: | Siti Norbaini Ibrahim (P47212) |
Supervisor: | Azmul Fahimi Kamaruzaman |
Keywords: | Yusoff Zaky Yacob -- Dato' -- 1928-1999 Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Malay newspapers -- Malaysia -- History Malay periodicals -- Malaysia -- History Ulama -- Malaysia -- Biography |
Issue Date: | 10 |
Description: | Majalah Pengasuh yang diterbitkan semenjak tahun 1918 mengalami proses pembaharuan di bawah kepimpinan ketua pengarangnya, Yusoff Zaky Yacob. Beliau merupakan ketua pengarang majalah Pengasuh yang ke-8 daripada tahun 1975 hingga 1995. Kajian ini meneliti perkembangan majalah Pengasuh sehingga era Yusoff Zaky Yacob. Di samping itu juga, kajian ini dilakukan untuk menganalisis pembaharuan yang dijalankan meliputi dua aspek, iaitu imej dan kandungan majalah. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif, menerusi instrument analisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian ini menunjukkan pembaharuan imej meliputi muka hadapan, gaya persembahan, pertambahan halaman, struktur organisasi dan versi rumi. Manakala pembaharuan isi kandungan meliputi tiga pengisian kolum utama, iaitu kolum Di Sekeliling Dunia Islam, kolum Tokoh Timur Tengah dan kolum Tokoh Ulama. Selain itu, kajian ini dihubungkan dengan konteks biografi dan milieu Yusoff Zaky ketika memimpin majalah Pengasuh. Ini kerana pengalaman Yusoff Zaky dalam bidang penulisan dan penerbitan merupakan kelebihan yang dimiliki beliau ketika memimpin majalah Pengasuh. Justeru, perkembangan imej majalah Pengasuh menunjukkan berlakunya perubahan penampilan dan citra majalah mengikut peredaran zaman. Di samping itu, wujudnya idea pemikiran islah Yusoff Zaky dalam kandungan majalah Pengasuh melalui tulisan, usaha penterjemahan dan kecenderungan beliau dalam membuat pemilihan terhadap artikel dan kolum bagi pengisian kandunga nmajalah Pengasuh,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 134 |
Call Number: | BP80.Y848S58 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120902+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 14.57 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.