Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458255
Title: Nilai-nilai kekeluargaan mengikut ajaran Konfusius berdasarkan Analects
Authors: Noor Syahirah Rameli (P40426)
Supervisor: Muda @ Ismail Ab. Rahman, Prof. Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Families
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date:  24
Description: Institusi keluarga adalah institusi penting dalam sesebuah masyarakat. Kajian ini membincangkan tentang nilai-nilai kekeluargaan mengikut ajaran Konfusius berdasarkan Analects. Objektif kajian ini ialah mengkaji mengenai ajaran asas Konfusius berkaitan pemikiran dan nilai kekeluargaan. Bagi mencapai objektif tersebut metode kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan. Metode dokumentasi, metode pensejarahan dan analisis kandungan digunakan dalam mengumpul data. Fokus utama kajian ini ialah berdasarkan karya utama ajaran Konfusius iaitu Lun Yu/Analects serta beberapa rujukan daripada pengikut ajarannya seperti Mencius. Kajian ini bertujuan untuk memberi kesedaran serta pemahaman kepada masyarakat umum bahawa institusi keluarga merupakan sebuah institusi yang penting dalam sesebuah masyarakat yang mana salah seorang tokoh yang memperjuangkan institusi keluarga ini ialah Konfusius. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak perkara yang perlu difahami dalam institusi kekeluargaan mengikut ajaran Konfusius bagi mencapai kesempurnaan. Antaranya institusi keluarga mengikut ajaran Konfusius bukan hanya tertumpu kepada pelaksanaan semata-mata tetapi kasih sayang dan nilai-nilai murni menjadi asas dalam menjamin institusi keluarga yang sempurna. Sehubungan dengan itu, hubungan sesama ahli keluarga perlu baik dalam menjaga keakraban sepertimana yang diajar oleh Konfusius tentang sistem hubungan yang merangkumi hubungan suami dan isteri, ibu bapa dan anak serta adik beradik atau orang muda dan orang tua. Kajian tentang institusi keluarga mengikut ajaran Konfusius ini dapat membantu sedikit sebanyak tentang cara bagaimana untuk membentuk sesebuah keluarga yang sempurna.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 88
Call Number: B128.C8N645 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458255
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120892+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.