Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458254
Title: Permasalahan antara kaedah tatabahasa Arab dan tatabahasa al-Quran :kajian kritis aspek penstrukturan ayat
Authors: Mohd. Afiq Zahari (P44835)
Supervisor: Hakim b. Zainal, Ustaz
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Qur'an -- Language
style
Dissertations, Academic -- Malaysia
Arabic language -- Grammar
Issue Date:  14
Description: Bahasa Arab telah mencapai kemuncak kehebatannya melalui penurunan al-Quran. Kehebatan tatabahasa al-Quran digambarkan sehingga tiada sesiapa pun yang mampu menandingi gaya bahasa dan sasteranya. Sungguhpun begitu, selepas era pembukuan alQuran pada zaman khalifah cUthman ibn Affan, muncul segelintir dalam kalangan tokoh sarjana tatabahasa Arab yang melemparkan kritikan keras terhadap beberapa nas al-Quran. Konflik ini terjadi disebabkan nas al-Quran tersebut dikatakan bercanggah dengan kaedah tatabahasa Arab yang mereka bina. Di samping para sarjana tatabahasa Arab tersebut juga tanpa segan silu melabelkan beberapa nas al-Quran dengan gambaran yang negatif seperti qabih, lahn, da c if dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan meninjau dan mengkaji sejauh mana skop percanggahan antara kaedah tatabahasa Arab dan tatabahasa alQuran, menganalisis pendirian para sarjana tatabahasa Arab terhadap permasalahan tersebut serta mengkritik beberapa kaedah tatabahasa Arab yang tidak selari dengan tatabahasa al-Quran. Tujuan utama kajian ini adalah cuba mengintegrasikan dan membuat penilaian terhadap pendapat-pendapat para sarjana tatabahasa Arab tentang kaedah tatabahasa Arab yang bercanggah dengan al-Quran bagi membentuk satu kaedah baru berdasarkan garis panduan dan bukti yang kukuh. Bagi mencapai tujuan ini, metode penyelidikan kualitatif telah digunakan. Oleh itu, setiap maklumat dan data-data terkumpul akan dipapar, kemudian dianalisis lalu dihurai dan ditulis dalam bentuk laporan. Hasil kajian mendapati bahawa bilangan kaedah tatabahasa Arab yang bercanggah dengan tatabahasa al-Quran adalah sedikit, jika dibandingkan dengan bilangan kaedah tatabahasa Arab yang menepati tatabahasa al-Quran. Percanggahan tersebut boleh ditinjau melalui 4 aspek utama: binaan perkataan, i c rab, rasm cUthmani dan gaya bahasa. Kajian ini turut mencadangkan pembentukan kaedah tatabahasa Arab yang baru bagi mengadili struktur tatabahasa al-Quran.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 217
Call Number: PJ6696.M838 2010 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458254
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120873+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.