Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458253
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Ghafar bin Don, Prof Madya Dr.
dc.contributor.authorMuhamad Naqman Abu Bakar (P60404)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:30Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:30Z-
dc.date.issued29/05/2015
dc.identifier.otherukmvital:120865
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458253-
dc.descriptionIslamic Propagation Society International (Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa) di Pulau Pinang, Malaysia (I.P.S.I) adalah sebuah badan dakwah yang berperanan dalam membantu saudara baru khususnya masyarakat India dan Cina Muslim di Pulau Pinang untuk mengenali agama Islam secara menyeluruh bertepatan dengan manhaj al-Quran dan al-Sunnah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti metodologi dakwah yang dilaksanakan oleh I.P.S.I Pulau Pinang Malaysia secara khusus terhadap ahlinya iaitu saudara baru India dan Cina Muslim. Kajian ini juga turut membincangkan faktor penyebab saudara baru India dan Cina Muslim di negeri Pulau Pinang berasa selesa untuk bernaung di I.P.S.I Pulau Pinang Malaysia. Termasuk dalam kajian ini juga ialah untuk menilai sejauhmana keberkesanan program-program yang telah dijalankan oleh I.P.S.I Pulau Pinang Malaysia. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah metode kepustakaan dan metode kerja lapangan iaitu melalui soal selidik. Seramai 20 orang responden yang bernaung di bawah I.P.S.I Pulau Pinang Malaysia telah dipilih untuk mendapatkan data penyelidikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa metode dakwah yang digunapakai oleh I.P.S.I Pulau Pinang Malaysia dianggap bersesuaian dengan citarasa saudara baru masakini. Hasil ini juga turut memperlihatkan bahawa saudara baru di sana merasa selesa dengan suasana pengajian yang amat kondusif, tenaga pengajar yang bagus dan baik. Manakala dari aspek lain, mereka merasakan kebajikan mereka dijaga dan metode dakwah yang berkesan terhadap ahli adalah menjadi punca mengapa mereka memilih untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh I.P.S.I Pulau Pinang Malaysia. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan, metode dakwah yang diaplikasikan oleh I.P.S.I Pulau Pinang Malaysia boleh membantu mereka untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik serta berkualiti dalam kehidupan seharian mereka.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia--Dissertations
dc.subjectDissertations
dc.subjectAcademic--Malaysia
dc.subjectDa'wah
dc.subjectMuslim converts
dc.titleMetodologi dakwah terhadap saudara baru :kajian di Islamic Propagation Society International (Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa) Pulau Pinang Malaysia (I.P.S.I)
dc.typetheses
dc.format.pages155
dc.identifier.callnoBP170.85.M826 2015 tesis
dc.identifier.barcode002978 (2015)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120865+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.