Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458251
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMazlan Ibrahim, Prof. Madya-
dc.contributor.authorUmeir Shahrum (P73381)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:29Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:29Z-
dc.date.issued2017-
dc.identifier.otherukmvital:120809-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458251-
dc.descriptionKisah Nabi Isa antara kisah yang terbanyak diceritakan di dalam al-Quran sehingga ianya melebihi kisah Nabi Muhammad SAW sendiri yang mana al-Quran itu sendiri merupakan mukjizat yang terbesar baginya. Sudah tentu, banyaknya kisah Nabi Isa ini menunjukkan betapa pentingnya kedudukan Nabi Isa dalam agama Islam. Jika diteliti secara mendalam, kedudukan Nabi Isa ini telah menjadi perbalahan dalam tiga tradisi besar Agama di dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Bahkan di kalangan sarjana Muslim sendiri turut berbeza pendapat tentang kedudukan Nabi Isa ini. Tiga tema utama yang menjadi perselisihan di kalangan ulama, pertama; kematian Nabi Isa, kedua; pengangkatan Nabi Isa ke langit, ketiga: turun Nabi Isa pada akhir zaman. HAMKA merupakan salah seorang ulama tafsir yang mempunyai pandangan yang tersendiri berkaitan isu Nabi Isa ini di dalam kitab tafsirnya. Objektif kajian adalah mengkaji metodologi yang digunakan HAMKA dalam mentafsir ayat-ayat berkaitan isu Nabi Isa ini. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pandangan HAMKA berdasarkan neraca para ulama Islam. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen. Pengumpulan data adalah berdasarkan jurnal, tesis dan buku-buku yang berkaitan. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa metodologi yang digunakan HAMKA di dalam kitab tafsirnya berhubung isu kedudukan Nabi Isa ini, antaranya ialah mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran, mentafsirkan alQuran dengan hadis, menyatakan khilaf ulama dalam berijtihad, mengaitkan dengan sejarah dan menguatkan hujah dengan bersandarkan kitab Injil. Di samping itu, tiga tema utama yang menjadi perselisihan iaitu kematian pengangkatan dan turunnya pada akhir zaman, HAMKA berpegang pada zahir ayat, mentakwil ayat al-Quran dan tidak berpegang pada hadith ahad dalam perkara akidah. Kajian ini penting kerana sekalipun menjadi perselisihan, namun isu ini adalah perbincangan ilmiah berkaitan dengan tafsiran ayat-ayat al-Quran. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada pihak yang berkaitan memantau dan menyatakan pendirian terhadap pemikiran yang menjadi perselisihan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHamka-
dc.subject1908-1981. Tafsir al-Azhar-
dc.subjectQur'an -- Criticism, interpretation, etc.-
dc.subjectJesus Christ in the Qur'an-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKedudukan Nabi Isa di dalam tafsir al-Azhar-
dc.typetheses-
dc.format.pages106-
dc.identifier.barcode004770(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120809+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.