Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458249
Title: | Estetika al-Balaghah dalam al-qaṣīdah al-Munfarijah susunan Ibn Al-Naḥwī (434-513H/1042-1119M) |
Authors: | Muhammad Zulfadhli Zakaria (P85210) |
Supervisor: | Md Nor Abdullah, Dr. |
Keywords: | Arabic language -- Rhetoric Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15 |
Description: | Al-Qaṣīdah al-Munfarijah susunan Ibn al-Naḥwī (434-513H/1042-1119M) adalah sebuah puisi keagamaan bertemakan kesufian yang menjadi magnum opus Ibn al-Naḥwī , iaitu seorang tokoh yang hidup pada zaman pertengahan Islam di al-Maghrib al-ͨArabī. Puisi ini merangkumi nilai stilistik, semantik dan estetika yang agak rumit untuk difahami. Berdasarkan penelitian yang dijalankan, tiada suatu analisis aspek al-Balaghah yang holistik, komprehensif dan tersusun telah dijalankan yang mempunyai korelasi antara kefahaman tekstual dan kontekstual. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk meneliti latar belakang kehidupan Ibn al-Naḥwī dan pengkaryaan al-Qaṣīdah al-Munfarijah, menganalisis aspek al-Balaghah yang terdapat dalam puisi dan merumus nilai estetika yang terdapat dalam laras bahasa puisi tersebut. Kajian kualitatif ini berbentuk kepustakaan melibatkan analisis kandungan. Karya ulasan al-Qaṣīdah al-Munfarijah oleh al-Anṣārī (1434H/2013M) dan al-Baṣrawī (1040H) dijadikan sebagai sumber primer. Sampel kajian melibatkan 42 bait puisi. Kajian ini mendapati pengaplikasian al-Ma ͨanī merangkumi keseluruhan puisi dan pengaplikasian al-Bayān pula merangkumi dua puluh dua bait. Pemanfaatan al-Badī ͨ sebagai penyeri puisi mencakupi dua puluh lima bait. Pengaplikasian kesemua komponen al-Balaghah ini sangat signifikan dengan tema puisi. Laras bahasa yang digunakan ternyata sarat dengan nilai estetika. Puisi ini berjaya memenuhi dan menepati tiga dimensi yang digariskan dalam Konsep Estetika Bersepadu iaitu kesepaduan, perkaitan dan teras kebenaran. Hasil kajian ini sesuai dijadikan rujukan dan bahan bantu mengajar oleh institusi pendidikan dan juga pengkaji bahasa Arab. Gagasan dan sumbangan idea Ibn Naḥwī wajar dijadikan indikator dalam berkarya dan juga kritikan sastera khususnya daripada aspek al-Balaghah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 184 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120807+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 23.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.