Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458248
Title: Sumbangan Dato' Salleh Haji Ahmad dalam bidang fiqh di Malaysia
Authors: Mokhtaruddin Muhammad (GP01414)
Supervisor: Zuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Md. Salehbin Haji Mad. @Haji Ahmad
1947
Islamic law -- Biography
Muslim scholars
-- Biography
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  13
Description: Di Malaysia telah lahir beberapa tokoh agama yang memberikan sumbangan di peringkat pentadbiran negara dan masyarakat. Dato' Salleh Haji Ahmad merupakan salah seorang tokoh akademik dan agamawan yang perlu diketengahkan dan harus dikenali oleh masyarakat kerana penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang akademik, agama dan ilmu-ilmu Fiqh sangat banyak. Walau bagaimanapun, belum ada kajian yang dibuat mengenai ketokohan dan sumbangan beliau menyebabkan beliau tidak dikenali oleh sebahagian masyarakat muslim di negara ini khususnya. Dengan adanya kajian ini, ketokohan beliau dalam memberi pandangan dan pendapat boleh dijadikan sumber inspirasi kepada para asatizah dan pencinta ilmu fiqh di Malaysia. Beliau sangat terkehadapan dalam memberikan pendapat dan pandangan khususnya ketika menjadi ahli akademik di universiti dan Ahli Jawatankuasa Syariah (fatwa) Negeri Perak. Objektif kajian ini membincangkan latar belakang peribadi, akademik dan sumbangan fiqh oleh beliau. Metodologi kajian ini adalah kajian analisis dokumen, di mana data-data kajian dikumpul melalui temubual separa struktur bersama tokoh serta bersama sepuluh orang di kalangan sahabat-sahabat beliau semasa menuntut dan semasa bekerja yang rapat serta mengenali beliau. Data-data juga diperolehi melalui minit-minit mesyuarat serta kertas kerja yang pernah dibentang oleh beliau. Data-data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati ketokohan Dato' Salleh Haji Ahmad sebagai ahli akademik dan pakar rujuk fiqh diiktiraf diperingkat kebangsaan. Penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang fiqh terbukti melalui subjek pengajarannya, beberapa pembentangan serta penerbitan kertas kerja dan buku-buku, dan keterlibatan beliau sebagai ahli Jawatankuasa Syariah (Fatwa) Negeri Perak. Beliau juga terlibat secara langsung dengan masyarakat setempat melalui prpgram agama seperti Tafaqquh fi al-din dan Halaqah Ilmu. Beliau juga terlibat sebagai penceramah beberapa siri pengajian agama yang melakukan aktiviti membaca dan memahami kitab-kitab fiqh di masjid-masjid. Implikasi kajian mendapati kajian mengenai tokoh perlu dikembangankan kerana mereka mempunyai pelbagai sumbangan penting dalam membantu menyelesaikan masalah agama masyarakat Islam setempat. Justeru, kajian-kajian lanjut berkenaan tokoh-tokoh agama Islam perlu diteruskan agar jasa dan sumbangan mereka tetap dikenang dan menjadi panduan generasi akan datang.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 110
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120806+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.