Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458244
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzmul Fahimi Kamaruzaman, Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Faathin Mohd Fadzil (P78523)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:25Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:25Z-
dc.date.issued17/05/2019-
dc.identifier.otherukmvital:120803-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458244-
dc.descriptionPenulisan sesebuah karya sejarah merupakan manifestasi kepada pendapat dan pemikiran sejarawan terhadap peristiwa sejarah. Ia juga memperlihatkan kepada metode dan kaedah yang dianggap paling sesuai untuk dipersembahkan kepada masyarakat agar dibaca dan dapat diambil iktibar daripadanya. Pengkaryaan sejarah Islam merupakan satu genre penulisan di Alam Melayu di samping karya dalam bidang akidah, fiqh dan tasawuf. Dalam hal ini, Syeikh Ahmad al-Fatani merupakan ulama Melayu yang telah mengarang sebuah karya sejarah Islam yang dilengkapi pelbagai dimensi dan genre dalam sejarah Islam. Oleh yang demikian, objektif kajian ini bertujuan untuk menganalisis metode yang diaplikasikan Syeikh Ahmad dalam menulis kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin di samping meneliti idea sejarah Syeikh Ahmad dalam mempersembahkan fakta sejarah melalui karya tersebut. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan metode analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan kajian kepustakaan. Kajian menggunakan pendekatan deskriptif dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian mendapati Syeikh Ahmad mengaplikasikan metode tanbih dan istitrad dalam meriwayatkan sejarah selain mempunyai sembilan tema dalam historiografi beliau dengan memusatkan perbahasan kepada individu dan tokoh dalam zaman yang berbeza. Beliau juga membahaskan bidang keilmuan lain untuk menyokong periwayatan sejarah tersebut. Kajian ini menyumbang kepada dua aspek dalam pengajian sejarah iaitu aspek pendidikan dan penyelidikan. Dalam aspek pendidikan, kajian ini mengangkat metode tanbih dan istitrad dalam menyampaikan fakta sejarah. Dalam aspek penyelidikan, kajian ini meluaskan ruang kajian dalam meneliti pemikiran dan falsafah ulama Melayu dalam aspek sejarah yang sebelum ini lebih memfokuskan kepada bidang akidah, fiqh dan tasawuf. Dalam ruang lingkup yang lebih besar, kajian ini secara tidak langsung mencadangkan agar silibus pengajian sejarah dapat digubal semula dengan mengambil kira aspek keilmuan lain yang dapat menyokong kefahaman pelajar terhadap bidang sejarah agar bidang sejarah tidak dianggap bidang yang 'mati' dan membosankan. Perkara ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFatani-
dc.subjectSheikh Ahmad bin Muhammad Zain. Hadiqatul azhar war riyahin -- Criticism-
dc.subjectTextual-
dc.subjectIslam -- Historiography-
dc.subjectIslamic literature-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleMetode historiografi Syeikh Ahmad al-Fatani dalam kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin-
dc.typetheses-
dc.format.pages153-
dc.identifier.barcode004764(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120803+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
94.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.