Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458243
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Ghafar Hj. Don, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAbdurahman Abdullah (P91530)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:24Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:24Z-
dc.date.issued25/10/2019
dc.identifier.otherukmvital:120802
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458243-
dc.descriptionDakwah memerlukan komitmen yang tinggi dan persiapan yang cukup bagi memastikan keberkesanan proses penyampaian. Konsep komitmen dan persediaan ini telah dinyatakan al-Qur'an sebagai panduan para pendakwah (Q, 74:1-8). Dakwah secara formal di Malaysia menjadi tanggungjawab Penggerak Masyarakat Orang Asli, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (PMOA JAKIM) sebagai kakitangan Kerajaan yang dilantik khusus bagi tujuan menyampai dan mengaplikasikan dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Justeru, menjadi keperluan kepada PMOA menyediakan diri mereka dengan persediaan dari sudut fizikal, spiritual, emosi dan mental bagi melaksanakan tugas berdakwah kepada Orang Asli yang mencabar. Selain persediaan diri tersebut, aspek komitmen turut menjadi penentu keberkesanan usaha dakwah. Pendakwah yang berkomitmen tinggi adalah mereka yang mempunyai semangat dan komitmen atau iltizam yang tinggi dalam melaksanakan agenda dakwah. Kajian ini bertujuan untuk melihat persediaan dari segi spiritual, mental dan komitmen dakwah PMOA di Negeri Kelantan. Rekabentuk kajian kuantitatif yang digunakan ialah kajian tinjauan dengan mengedarkan 50 borang soal selidik kepada PMOA yang bertugas di perkampungan Orang Asli Negeri Kelantan. Sampel bertujuan digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan PMOA yang bertugas di Kelantan sahaja. Pengumpulan data adalah melalui instrumen soal selidik yang diproses dalam perisian komputer Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 25.0. Penganalisisan data adalah secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunujukkan nilai purata min bagi persediaan dakwah PMOA dalam aspek spiritual adalah tinggi dengan skor min = 4.51. Persediaan dakwah PMOA dalam aspek mental juga adalah tinggi dengan skor min = 4.59. Manakala komitmen dakwah PMOA adalah tinggi dengan skor min = 4.48. Implikasi kajian menunjukkan persediaan sebagai pendakwah dalam aspek spiritual, mental dan komitmen dakwah mempunyai hubungan yang signifikan dalam konteks perkembangan dakwah khususnya dakwah PMOA terhadap komuniti Orang Asli di Kelantan dan dakwah PMOA di Malaysia amnya.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectDa'wah (Islam)
dc.subjectEthnology -- Kelantan
dc.subjectMuslim converts -- Kelantan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKomitmen dakwah penggerak masyarakat Orang Asli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Negeri Kelantan
dc.typetheses
dc.format.pages169
dc.identifier.barcode004763(2020)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120802+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.