Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458238
Title: Pengurusan penguatkuasaan dan pendakwaan kes-kes kesalahan matrimoni di Negeri Kedah dan Perlis
Authors: Nadia Zammil Md Nasir (P42673)
Supervisor: Zaini Nasohah, Prof Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations
Academic-Malaysia
Matrimonial actions (Islamic law)-Malaysia-Kedah
Matrimonial actions (Islamic law)-Malaysia-Perlis
Issue Date:  7
Description: Kesalahan matrimoni adalah kesalahan-kesalahan yang berkaitan hal ehwal kekeluargaan. Pengurusan penguatkuasaan dan pendakwaan kes-kes kesalahan matrimoni di negeri-negeri kini mempunyai peraturan dan panduan masing-masing. Kajian ini dilakukan untuk melihat bagaimana tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan kes-kes kesalahan matrimoni di negeri Kedah dan Perlis dikendalikan. Objektif kajian ini adalah untuk melihat konsep penguatkuasaan dan pendakwaan dalam Islam serta peruntukan-peruntukan yang berkaitan dalam enakmen-enakmen di negeri Kedah dan Perlis. Objektif yang seterusnya adalah untuk menganalisa peraturan-peraturan yang digunapakai dalam prosedur pengurusan penguatkuasaan dan pendakwaan kes-kes kesalahan matrimoni sama ada dalam bentuk undang-undang, panduan ataupun arahan-arahan dari semasa ke semasa. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan peraturan dan prosedur pengurusan yang sedia ada. Pelaksanaan kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah kajian dokumentasi, temubual dan pemerhatian. Data-data dan maklumat yang diperlukan diambil daripada sumber-sumber primer dan sekunder. Manakala kajian lapangan dilakukan menerusi temubual dengan pegawai-pegawai yang terlibat. Kajian lapangan juga dilaksanakan menerusi pemerhatian dan analisa terhadap tatacara pengendalian kes-kes yang berkenaan. Hasil kajian ini mendapati peraturan dan panduan bagi pengurusan penguatkuasaan dan pendakwaan kes-kes kesalahan matrimoni di kedua-dua negeri yang dikaji telah tidak dipatuhi secara sepenuhnya. Namun ia masih tidak menjejaskan pelaksanaan undang-undang tersebut. Selain itu, terdapat peruntukan-peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam itu sendiri telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pengamal undang-undang sehingga menjadikan kes-kes matrimoni dikendalikan dengan pelbagai kaedah. Sehubungan itu, di samping pemerkasaan aspek sumber manusia di jabatan yang terlibat, antara cadangan bagi memperkasakan pengurusan kes-kes kesalahan matrimoni ini adalah dengan meletakkan senarai kesalahan berhubung kesalahan kekeluargaan di bawah Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah dan menggunakan prosedur pengendalian kes jenayah syariah dalam menguatkuasakannya. Selain itu, bagi undang-undang dan arahan-arahan yang telah sedia ada seperti Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah, Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Arahan Ketua Pendakwa Syarie dan lain-lain lagi yang berkaitan, ia perlu sentiasa diteliti dan diikuti demi menjadikan undang-undang syariah sentiasa digeruni dan dipatuhi semua pihak,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 131
Call Number: BP158.M37N335
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458238
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120705+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.