Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458237
Title: Perkembangan pelaksanaan Islamisasi hiburan negeri Kelantan
Authors: Abd Aziz Ibrahim (P47375)
Supervisor: Siti Rugayah Hj Tibek, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Music -- Religious aspects -- Islam
Amusements -- Religious aspects -- Islam
Recreation -- Religious aspects -- Islam
Issue Date:  15
Description: Hiburan satu kegiatan yang diharuskan dalam Islam. Selain memenuhi naluri semulajadi manusia, hiburan juga boleh menjadi medan atau alternatif dakwah. Kerajaan Kelantan dalam usaha membangunkan negeri bersama Islam telah menyusun semula industri hiburan dengan meluluskan beberapa dokumen berkaitan perundangan supaya selaras dengan Islam. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti pelaksanaan Islamisasi hiburan, bentuk-bentuk kawalan hiburan, perkembangan industri hiburan serta menganalisis persepsi guru Pendidikan Islam terhadap Islamisasi hiburan. Metodologi yang digunakan ialah analisis dokumen, temu bual pegawai agensi kerajaan yang terlibat dan soal selidik. Soal selidik diedarkan kepada 44 orang guru Pendidikan Islam sekolah menengah kawasan PPD Kota Bharu. Hasil kajian menunjukan pelaksanaan Islamisasi hiburan negeri Kelantan adalah merujuk kepada dasar-dasar hiburan yang telah diwujudkan. Kajian juga menunjukkan tiga bentuk kawalan hiburan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan, pertama: hiburan yang dilarang, kedua: hiburan yang dikawal selia, ketiga: hiburan di bawah kawal seliaan khusus. Kajian juga menunjukkan perkembangan hiburan tetap berlaku, walau pun pada masa tertentu sebahagian data menunjukkan tiada kegiatan hiburan. Keadaan ini berlaku berkaitan dengan proses Islamisasi. Data kaji selidik juga menunjukkan responden bersetuju terhadap islamisasi hiburan kerajaan negeri Kelantan dengan purata nilai min 4.4. Secara keseluruhan didapati pelaksanaan Islamisasi hiburan Negeri Kelantan melalui dasar berkaitan hiburan membawa perubahan kepada perkembangan hiburan di Negeri Kelantan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 219
Call Number: BP190.5.A55A233 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120698+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
99.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.