Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458229
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamzuri Zakaria, Dr.-
dc.contributor.authorNurdina Abd Rahman (P87047)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:16Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:16Z-
dc.date.issued25/07/2019-
dc.identifier.otherukmvital:120651-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458229-
dc.descriptionPenjanaan pendapatan masjid dan komuniti setempat adalah merupakan objektif utama penubuhan Koperasi Kariah Masjid (KKM). Namun, berdasarkan laporan statistik dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), jumlah koperasi yang tidak untung adalah lebih besar daripada yang untung. Perkara ini berkait langsung dengan kecekapan pengurusan. Oleh itu, kajian ini akan menghuraikan konsep penubuhan dan pengurusan KKM. Kajian ini seterusnya akan menilai kecekapan pengurusan bagi empat buah KKM dan menjelaskan cabaran dalam pengurusan KKM. Bagi mendapatkan hasil tersebut, kajian kualitatif digunakan dengan mengambil pendekatan kajian kes. Data diperoleh daripada analisis kandungan dan temu bual dengan empat orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK). Data-data yang diperoleh ini kemudiannya dianalisis menggunakan pendekatan tematik dan deskriptif serta penilaian terhadap kecekapan pengurusan KKM. Hasil kajian mendapati penubuhan KKM telah mengembalikan semula fungsi masjid seperti di zaman Rasulullah s.a.w sebagai pusat pengembangan ekonomi ummah. Terdapat enam konstruk pengurusan iaitu pelantikan ALK, sumber dana, anggota, aktiviti, pemasaran dan perolehan. Hasil penilaian kecekapan pengurusan terhadap empat sampel KKM terpilih menunjukkan pada aspek sosial, KKM Bandar Baru Bangi adalah yang paling cekap kerana masjid ini lebih banyak menjalankan aktiviti melibatkan anggota dan mempunyai barisan pengurusan yang cekap. Manakala penilaian pada aspek ekonomi pula mendapati KKM Bandar Baru Bangi juga adalah yang paling cekap kerana mempunyai aktiviti ekonomi yang pelbagai, dana dan perolehan yang lebih baik serta aktiviti pemasaran yang cekap. Kajian ini merumuskan pengurusan KKM Bandar Baru bangi adalah yang paling cekap. Kemudian diikuti dengan KKM Puchong Perdana, KKM Bandar Bukit Puchong dan KKM TTDI Shah Alam. Tiga cabaran utama yang dihadapi oleh pihak pengurusan iaitu pada aspek sokongan anggota, komuniti dan pihak berkepentingan, cabaran pada aspek pentadbiran dan perniagaan serta pada aspek dana dan kewangan. Implikasi kajian menunjukkan ALK bukan sahaja perlu mengukuhkan prestasi KKM pada aspek kewangan, bahkan KKM yang cekap ialah KKM yang dapat memberi faedah sosial melebihi faedah ekonomi. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada pengurusan KKM dalam mencapai objektifnya.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCooperative societies -- Management-
dc.subjectCooperation -- Religious aspects -- Islam-
dc.subjectMosques -- Organization and administration-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKecekapan pengurusan Koperasi Kariah Masjid-
dc.typetheses-
dc.format.pages178-
dc.identifier.barcode004727(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120651+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.