Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458228
Title: Kaedah dan keberkesanan rawatan pemulihan dadah di Pusat Pemulihan Hati, Jenagor, Terengganu Darul Iman
Authors: Ahmad Za'im Rafiqin Zainuddin (P77251)
Supervisor: Faudzinaim Badaruddin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Drug addiction -- Treatment -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  25
Description: Pusat Pemulihan Hati merupakan pusat pemulihan dadah yang menggunakan kaedah amalan kerohanian. Ia telah diasaskan oleh Zulkifli Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zul pada tahun 1994. Kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengetahui sejarah penubuhan Pusat Pemulihan Hati. Kedua, mengenalpasti kaedah rawatan yang telah digunakan bagi merawat masalah ketagihan dadah merangkumi amalan serta metode rawatan yang telah digunakan oleh Pusat Pemulihan Hati mengikut peringkat pemulihan. Ketiga, menilai keberkesanan kaedah rawatan pemulihan dadah yang telah dijalankan di Pusat Pemulihan Hati. Kajian ini menggunakan metode gabungan kualitatif dan kajian lapangan. Data kualitatif diperolehi melalui kajian perpustakaan dengan mendokumentasikan bahan-bahan yang berkaitan dengan dadah serta kaedah rawatan ketagihan dadah. Manakala, data lapangan pula diperolehi melalui kaedah temu bual tidak berstruktur serta pemerhatian ikut serta. Data-data temubual diperoleh melalui wawancara dengan pihak pengurusan Pusat Pemulihan Hati serta 19 orang penagih yang sedang menjalani rawatan dan juga penagih yang telah selesai menjalani rawatan. Selain itu juga, data-data ini juga dikuatkan lagi melalui kaedah pemerhatian ikut serta terhadap kaedah rawatan yang dijalankan. Hasil kajian secara keseluruhan, menunjukkan bahawa kaedah rawatan yang telah dijalankan di Pusat Pemulihan Hati ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap para penagih sama ada yang sedang menjalani rawatan pemulihan serta kepada mereka yang telah menamatkan rawatan. Oleh sebab itu, kaedah yang diaplikasikan di Pusat Pemulihan Hati ini boleh juga dijadikan contoh untuk mana-mana pusat pemulihan dadah di bawah AADK yang terdapat di Malaysia untuk penambahbaikan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 151
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120650+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.