Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458227
Title: Kefahaman dan persepsi pelajar Institut Profesional Baitulmal terhadap bantuan zakat pendidikan MAIWP
Authors: Nor Farahain Saud (P85216)
Supervisor: Hasanah Abd. Khafidz, Dr.
Keywords: Student aid -- Malaysia
Zakat -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  28
Description: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengagihkan wang zakat sebanyak RM28.47 juta pada tahun 2016 kepada 6,728 pelajar dalam bentuk bantuan pendidikan di Institut Profesional Baitulmal. Namun, kajian lepas menjelaskan bahawa terdapat dalam kalangan anak asnaf yang tidak memanfaatkan bantuan yang diberikan dengan menggunakannya kepada perkara yang tidak berfaedah. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk mengkaji skim dan bentuk agihan zakat pendidikan MAIWP dan pelaksanaannya di Institut Profesional Baitulmal. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk mengukur kefahaman pelajar Institut Profesional Baitulmal mengenai zakat pendidikan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar Institut Profesional Baitulmal terhadap bantuan zakat pendidikan MAIWP. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah kajian tinjauan sebagai kaedah penyelidikan di mana soal selidik adalah instrumen yang digunakan untuk mengumpul data. Seramai 138 orang responden telah dipilih secara persampelan bertujuan dalam kalangan pelajar yang menerima zakat pendidikan MAIWP di IPB. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman pelajar IPB mengenai zakat pendidikan adalah tinggi berdasarkan keseluruhan nilai skor min iaitu 3.69. Begitu juga, persepsi pelajar IPB terhadap bantuan zakat pendidikan MAIWP keseluruhannya mendapat skor min yang tinggi iaitu 3.77. Walau bagaimanapun, hasil kajian terhadap kefahaman dan persepsi terhadap tema-tema yang ditentukan menunjukkan tahap skor min yang berbeza-beza. Dapatan juga mengesahkan kaitan yang signifikan antara kefahaman dengan persepsi responden terhadap bantuan zakat pendidikan. Justeru, kajian ini mencadangkan kepada MAIWP agar mempergiatkan lagi usaha meningkatkan kefahaman pelajar mengenai penggunaan bantuan zakat untuk perkara yang lebih berfaedah. Ia bukan sahaja dapat menjadikan bantuan zakat itu cukup untuk pelajar tetapi untuk mengubah kehidupan diri dan keluarganya pada masa akan datang.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 135
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120649+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.