Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458223
Title: | Tahap pengetahuan isteri yang bekerjaya terhadap hak-hak mereka selepas perceraian |
Authors: | Asmak Ibrahim (P81648) |
Supervisor: | Nurbazla Ismail |
Keywords: | Divorced women -- Legal status laws etc. -- Malaysia Divorce -- Law and legislation -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations Academic – Malaysia |
Issue Date: | 4 |
Description: | Berdasarkan kepada statistik perceraian di Malaysia yang semakin meningkat, keperluan terhadap pemahaman hak-hak selepas perceraian dilihat sesuatu yang penting mahupun di pihak suami atau isteri sebagaimana yang digariskan oleh syarak dan juga undang-undang. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat khususnya golongan wanita yang tidak memahami sepenuhnya hak-hak tersebut seperti mana yang diperuntukkan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Oleh demikian, kajian ini dijalankan bagi menganalisis kedudukan dan hak isteri selepas perceraian menurut hukum syarak dan peruntukan Undang-Undang. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan isteri terhadap hak-hak selepas perceraian. Tujuan lain kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara faktor demografi dengan tahap pengetahuan terhadap hak-hak selepas perceraian. Kajian ini melibatkan seramai 339 orang responden yang dipilih secara rawak berstrata daripada populasi wanita di daerah Kuala Langat. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Proses pengutipan data dilakukan melalui edaran borang soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu A, B, C dan D. Data-data yang diperolehi akan dinilai berdasarkan 3 skala Likert dan dianalisis dengan menggunakan SPSS 23.0 secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan isteri yang bekerjaya terhadap hak-hak selepas perceraian di daerah Kuala Langat berada pada tahap yang tinggi dengan nilai skor min = 2.77. Dapatan ini akan memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan seperti pengamal undang-undang, pejabat Agama Islam, pendidik dan para penyelidik dalam usaha meningkatkan lagi tahap pengetahuan wanita lain terhadap hak-hak mereka selepas perceraian.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 152 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458223 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120646+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.68 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.