Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458220
Title: Pentadbiran fatwa :kajian terhadap metodologi jawatankuasa fatwa negeri Selangor dalam mengeluarkan fatwa
Authors: Norul Huda Bakar (P42628)
Supervisor: Anwar Fakhri Othman
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations
Academic-Malaysia
Fatwas|zMalaysia-Selangor.
Islamic law|-sources.
Advisory opinions (Islamic law)-Malaysia-Selangor
Issue Date:  10
Description: Jabatan Mufti memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelangsungan fatwa terpelihara dan menepati kehendak massa. Ini kerana, masyarakat hari ini terdedah kepada isu-isu baharu yang memerlukan jawapan hukum yang bersifat dinamik dan anjal seiring dengan masa dan keadaan. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk menjelaskan tentang metodologi yang digunakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dalam mengeluarkan fatwa-fatwanya sekali gus mengenal pasti permasalahan-permasalahan hukum yang dihadapi oleh masyarakat di Selangor. Bagi mencapai objektif ini, kajian kepustakaan dan kajian lapangan telah dijalankan. Datadata kajian kepustakaan diperoleh melalui himpunan teks-teks keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor dari tahun 2004 sehingga 2010. Selain itu, data-data juga diperoleh daripada buku, disertasi, laman sesawang dan dokumendokumen yang berkaitan. Kajian lapangan juga digunakan dengan menggunakan instrumen temu bual. Hasil kajian mendapati, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menggunakan ijtihad jama c i sebagai manhaj utama dalam penentuan hukum dengan menggunakan metode tarjihi dalam merungkaikan permasalahan yang tidak terdapat dalam nas-nas al-Qur'an dan al-Sunnah. Antara kaedah yang paling banyak digunakan adalah masalih al-mursalah, c uruf dan sadd dhara'i c dalam fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan. Kajian ini diharap dapat dijadikan rujukan dalam pembentukan kerangka metodologi yang lebih sistematik dan berkesan dalam pengeluaran fatwa. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan untuk penambahbaikan dalam metode berfatwa di Jabatan Mufti Negeri Selangor.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 102
Call Number: BP158.F3 N645
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120460+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.