Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458215
Title: Konsep persahabatan menurut Aristotle (384-322 S.M) dan al-Ghazali (1058-1111 M)
Authors: Muhammad Syahir Abu Bakar (P52237)
Supervisor: Ibrahim bin Abu Bakar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Friendship
Friendship-Religious aspects-Islam
Issue Date:  24
Description: Manusia di dunia ini tidak boleh hidup bersendirian kerana mereka memerlukan sahabat untuk saling bekerjasama antara satu sama lain bagi meneruskan kehidupan dan mencapai kebahagiaan. Perkataan sahabat memang acap kali didengar dan dilafazkan tetapi masih ada manusia yang kurang jelas maksud sebenar perkataan sahabat tersebut. Sehubungan itu, satu kajian dibuat terhadap konsep persahabatan Aristotle (384-322 S.M) dan al-Ghazali (1058-1111 M) untuk memahami aspek-aspek yang ada hubungan dengan konsep persahabatan. Di samping itu, kajian ini bertujuan membandingkan konsep persahabatan Aristotle dan al-Ghazali serta menjelaskan persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua ahli falsafah yang meliputi definisi, tujuan, sumber persahabatan, sifat sahabat, hak dan sumbangan persahabatan. Setelah itu, penilaian juga dibuat terhadap konsep persahabatan Aristotle dan al-Ghazali.Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada analisis kandungan dan perbandingan. Hasil kajian ini mendapati bahawa konsep persahabatan Aristotle dan al-Ghazali mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Antarapersamaannya ialah konsep persahabatan Aristotle dan al-Ghazali dilihat menggunakan idea daripada tokoh-tokoh terdahulu dan sezaman dengan mereka dalam membentuk konsep persahabatan. Manakala perbezaannya ialah konsep persahabatan Aristotle itu lebih bergantung kepada idea falsafahnya semata-mata, dan al-Ghazali pula dilihat lebih bergantung kepada sumber wahyu yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis. Kajian ini diharap boleh memberi sumbangan kepada masyarakat awam dalam memahami konsep persahabatan dan aspek-aspek yang ada hubungan dengannya serta mereka mungkin dapat mengamalkan aspek-aspek tertentu daripada konsep persahabatan ini dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, kajian ini dapat membantu Muslim memahami persamaan dan perbezaan konsep persahabatan yang bersumberkan falsafah dan konsep persahabatan yang bersumberkan al-Quran dan Hadis. Oleh yang demikian, kajian terhadap konsep persahabatan Aristotle dan al-Ghazali ini dianggap penting untuk memberi pemahaman dan kesedaran kepada masyarakat dalam membina persahabatan dan mengekalkannya.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 187
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458215
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120363+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
208.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.