Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458212
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Siham A. R. Ghadaini (P53435) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:22:08Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:22:08Z | - |
dc.date.issued | 12/12/2011 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120093 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458212 | - |
dc.description | Kajian ini menggarap tajuk unsur seni yang terdapat pada fabrik era Uthmani sekitar kurun ke-16 hingga kurun ke-17 Masehi. Ia merupakan era kemuncak kegemilangan fabrik Uthmani. Kajian ini menelusuri perkembangan perusahan fabrik era Uthmani dan jenis fabrik yang ada ketika itu, melalui pemerhatian terhadap beberapa unsur seni dekorasi yang terdapat pada fabrik era Uthmani seperti unsur dekorasi yang merujuk kepada unsur manusia, haiwan, flora, geometri dan tulisan. Kajian ini penting kerana ia membantu menjelaskan beberapa peristiwa sejarah, kerana sesetengah dekorasi ini merujuk kepada pelbagai konotasi; ada berbentuk politik, sosial atau ekonomi. Objektif kajian ini ialah untuk menentukan ciri-ciri umum seni dekorasi Islam, menelusuri perkembangan unsur keseniannya yang tergambar pada fabrik Islam dan menentukan ciri-ciri utama seni dekorasi fabrik era Uthmani. Ia dilakukan melalui kajian mengenai perkembangan pembuatan, kepelbagaian jenis, dan penganalisisan beberapa sampel unsur seni pada beberapa helaian fabrik terpilih era Uthmani. Kajian ini menggunakan metode deskriptif dengan melakukan penelitian menyeluruh, analisis dan perbandingan. Antara dapatan penting kajian ini ialah, ia dapat menentukan pelbagai ciri umum yang berkaitan dengan seni dekorasi Islam, seperti menghindari reruang kosong, permukaan rata dan menghindari alam semula jadi. Sebaliknya, ia mementingkan pengulangan dan warna di samping kajian ini juga menentukan unsur asas dekorasi Islam yang diserlahkan menerusi unsur-unsur flora, geometri, haiwan, manusia dan tulisan. Ia dilakukan dengan menelusuri asal-usul dan peringkat perkembangannya dalam seni dekorasi Islam. Beberapa elemen hiasan yang mengungguli seni hiasan fabrik dalam era Umawi, Abbasi, Tulun, Fatimi, Ayyubi, Mamluki dan Farsi juga disenaraikan. Kajian juga menelusuri beberapa pengaruh tamadun dan seni terhadap fabrik tenunan Uthmani, seperti pengaruh seni China, Mongol, Safawi dan Itali yang memberi kesan kepada pembangunan pembuatan tekstil dan perkembangan seni dekorasi serta kepelbagaiannya. Kajian juga menjelaskan bahawa para penenun fabrik era Uthmani melakukan beberapa inovasi dari sudut pemandangan dan reka bentuk dekorasi yang diilhamkan daripada elemen flora, geometri, haiwan dan tulisan yang unggul dengan cara pengubahsuaian yang hanya terdapat pada seni Uthmani. Dalam mengkaji contoh-contoh tenunan Uthmani dalam era kajian, didapati bahawa ia mempunyai keistimewaan dari sudut cara pembuatannya dan gaya pendekorasian serta teknik pengeluaran yang berbeza berbanding kain tenunan tamadun-tamadun lain,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | ara | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Textile fabrics | |
dc.subject | Medieval-Ottoman Empire-Themes | |
dc.subject | motives | |
dc.subject | Islamic textile fabrics-Themes | |
dc.subject | motives-16th century | |
dc.subject | Islamic textile fabrics-Themes | |
dc.subject | motives-17th century | |
dc.title | Tema-tema kesenian fabrik Islam di zaman Uthmani pada kurun ke 16 dan 17 masihi | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 175 | |
dc.identifier.callno | NK8908.9.Q335 | |
dc.identifier.barcode | 002793(2011) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120093+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.05 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.