Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458210
Title: Kesan penggunaan multimedia terhadap pendidikan al-Quran peringkat prasekolah di Daerah Kuala Terengganu
Authors: Nurul Hidayah Ahmad Zakhi (P48193)
Supervisor: Latifah binti Abdul Majid, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations
Qur'an-Study and teaching (Preschool)-Audio-visual aids
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  1
Description: Dalam mengharungi era globalisasi ini, dunia dihidangkan dengan kecanggihan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang. Penggunaan multimedia menjadi lambang elit dalam senario pendidikan masa kini sekali gus menjadi penyumbang saham kepada golongan akademik. Senario perkembangan ini turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, guru dan masyarakat khususnya terhadap pendidikan kanak-kanak prasekolah. Pendekatan sedemikian turut mencetuskan pelbagai reaksi dan masalah kerana golongan ini mudah terpengaruh dengan keadaan persekitarannya jika dibiarkan tanpa pengawasan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan multimedia serta kesannya terhadap pendidikan al-Quran kanak-kanak prasekolah di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Tadika Cahaya Warisan dan Tadika Tahfiz Gemilang di daerah Kuala Terengganu. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan-permasalahan dan kekangan yang wujud sepanjang pengendalian tersebut. Maklumat kajian diperoleh menggunakan pendekatan pemerhatian ke atas 76 orang kanak-kanak tadika dan melalui pengedaran dua belas borang soal selidik kepada guru-guru tadika terbabit. Data kajian juga diperoleh dengan menemu bual enam orang guru tadika bagi mendapatkan pandangan mereka. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan bahan-bahan multimedia dalam proses pendidikan kanak-kanak prasekolah memberi impak positif kepada perkembangan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dalam aspek pembekalan kemudahan bahan-bahan tersebut kepada golongan ini di antara tadika kerajaan dan tadika swasta. Ini adalah kerana faktor kosnya yang agak tinggi. Di samping itu, wujud juga permasalahan-permasalahan dalam proses pengendalian bahan-bahan multimedia tersebut dalam sistem pengajaran dan pembelajaran,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 115
Call Number: BP130.8.N845
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120087+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.