Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458208
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorBahirah 'Umar Ahmad al-Ghul (P53161)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:06Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:06Z-
dc.date.issued06/07/2012
dc.identifier.otherukmvital:120037
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458208-
dc.descriptionKajian ini mengenengahkan isu-isu kontemporari dan penting, menurut Al-Quran dan Al-Sunnah Nabawiyah terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia iaitu sumbang mahram di mana fenomena ini berleluasa dan hukum agama dipandang remeh. Ramai orang yang tidak memperdulikan hukum agama dan moral di dalam Islam yang mulia. Kajian ini memiliki impak dan pengaruh yang besar dalam menjelas dan memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap moraliti yang diterapkan dalam agama Islam yang berpegang kepada nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang menjamin kestabilan, kesejahteraan malahan memberi perlindungan terhadap kehormatan penganutnya. Selain itu, ia juga dapat membantu mendekatkan masyarakat kepada ajaran Al-Quran yang makin dilupakan kecuali hamba-Nya yang diberkati Allah. Teras kajian ini berkenaan dengan sumbang mahram yang dikaji berdasarkan penafsiran ayat-ayat al-Quran dan Hadith Nabawi. Hal ini menunjukkan bahawa punca utama penglibatan manusia dalam isu ini disebabkan sikap yang tidak mengikut ajaran agama dan di samping itu ia mendedahkan kesan sumbang mahram ini kepada sosial dan psikologi terhadap ummah. Kepentingan kajian ini terletak dalam pengenalpastian larangan perlakuan ini berdasarkan al-Quran. Selain itu, ia bertujuan menjelaskan ancaman atau risiko sumbang mahram dan fenomena psikologi bagi yang melakukan kesalahan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan deduktif dan analisis dengan merujuk kepada pandangan pentafsiran ayat-ayat al-Quran dan juga Hadith Nabawi, pandangan ulama dan juga dalil-dalil yang meyentuh permasalahan ini secara khusus. Hal ini dijelaskan dengan terperinci di dalam kajian mengenai permasalahan sumbang mahram masa kini, hukuman kesalahan yang termaktub dalam perundangan Islam dan cara membuktikan kesalahan. Hasil kajian ini mendapati bahawa ulama bersetuju bahawa cara untuk mengisbatkon kesalahan ialah dengan bukti dan pengakuan pelaku, namun mereka berbeza pendapat mengenai pelaksanaan hukuman terhadap mereka. Pandangan yang diterima ialah melaksanakan hukuman hudud untuk zina ke atas pelaku apabila dibuktikan kesalahan. Hikmah dari pelaksanaan hudud samada hukuman mati atau ta'zir ini ialah untuk membasmi kesalahan jenayah ini dari berterusan berlaku. Kajian ini membuktikan bahawa kepercayaan yang tiada had terhadap mahram atau kaum kerabat serta kejahilan mereka terhadap agama boleh membawa kepada akibat dan kemusnahan yang berat. Contohnya pengasingan tempat tidur antara anak-anak. Jelas di sini, bahawa sumbang mahram merupakan satu kesalahan jenayah yang amat berat dan berdosa besar bagi pelakunya. Bagi mengelakkan daripada kesalahan ini berlaku, maka ia memerlukan penghayatan iman dan kesedaran hukum agama dan pelaksanaan hukum syariah, dan juga kesedaran moraliti di dalam masyarakat. Tegasnya, amalan beragama dan merujuk kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah merupakan penyelesaian kepada permasalahan yang amat berat ini,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isoara
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectIncest-Religious aspects-Islam
dc.subjectSex crimes (Islamic law)
dc.titleZina al-maharam fi al-Qur'an al-karim wa-al-sunnah al-nabawiyyah:dirasah tafsiriyah wa-fiqhiyyah
dc.typetheses
dc.format.pages193
dc.identifier.callnoBP158.S49G49
dc.identifier.barcode002693(2013)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120037+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.