Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458206
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoor Lizza Mohamed Said, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Rashidah Ismail (P85229)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:05Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:05Z-
dc.date.issued08/04/2019-
dc.identifier.otherukmvital:120011-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458206-
dc.descriptionStatistik Takaful Tahunan 2016 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menyaksikan perkembangan positif bagi industri takaful. Atas permintaan pelanggan, pihak pengendali takaful mencipta produk-produk baharu dari semasa ke semasa bagi memenuhi kehendak mereka. Malah, kontrak hibah turut diaplikasi sebagai instrumen alternatif dalam produk takaful bagi memudahkan pengurusan dan pengagihan manfaat takaful. Antara syarikat takaful yang menawarkan produk hibah bersyarat ialah Prudential BSN Takaful Berhad, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful, AIA Public Takaful Berhad dan Takaful Great Eastern berdasarkan peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang telah membenarkan pengendali takaful melaksanakan hibah bersyarat. Pemakaian kontrak hibah bersyarat dalam produk takaful telah mencetuskan persoalan sama ada diharuskan atau sebaliknya kerana terdapat kepelbagaian pandangan para sarjana mengenai isu hibah bersyarat. Seterusnya, kekeliruan status manfaat takaful yang diperolehi daripada Akaun Tabarruk menimbulkan kecelaruan sama ada boleh dihibahkan atau sebaliknya. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pandangan fuqaha berkaitan isu hibah bersyarat dan pelaksanaannya dalam produk takaful. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bentuk akad hibah dan kedudukan hibah manfaat takaful yang ditawarkan dalam Prudential BSN Takaful Berhad. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan pengumpulan data secara analisis kandungan dan temu bual. Manakala data yang diperolehi dianalisis secara analitikal dan mengikut bentuk serta gaya naratif. Hasil kajian mendapati bahawa Prudential BSN Takaful Berhad berasaskan kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 telah menawarkan hibah bersyarat yang seumpama syarat rruqbā. Kajian juga mendapati tiada elemen qabūl dalam kontrak hibah dan elemen qabūl berlaku selepas kematian peserta takaful. Di samping itu, status manfaat takaful dalam Tabung Tabarruk adalah milik tabung dana yang terdiri daripada peserta-peserta takaful yang boleh dihibahkan. Peserta takaful dalam tabung ini bertindak sebagai pemberi hibah kepada penama dan hibah tersebut boleh dibatalkan selagimana pencarum masih hidup. Implikasi daripada kajian ini sebagai penambahbaikan kepada organisasi industri takaful supaya cakna dari aspek kesahan akad hibah dalam penawaran produk takaful kerana melibatkan pengurusan aset pelanggan.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGifts (Islamic law)-
dc.subjectInsurance policies (Islamic law)-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePelaksanaan hibah dalam produk takaful di Prudential BSN Takaful Berhad-
dc.typetheses-
dc.format.pages156-
dc.identifier.barcode004740(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120011+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.