Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458199
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIndriaty Ismail, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Hilmiyah Mohamad Raf'ii (P42617)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:02Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:02Z-
dc.date.issued20/07/2012-
dc.identifier.otherukmvital:119401-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458199-
dc.descriptionSisters in Islam (SIS) merupakan antara kumpulan emansipasi wanita atau feminisme yang terkehadapan di Malaysia, yang menjalankan khidmat nasihat terhadap isu-isu wanita Islam berorientasikan kaunseling guaman bermula dari tahun 1988. Terdapat tanggapan masyarakat bahawa SIS berfahaman Feminis Liberal dan menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh mencapai objektif fahaman tersebut. Kajian ini telah memfokuskan kepada pelaksanaan khidmat nasihat terhadap isu-isu wanita Islam Malaysia di sepanjang tahun 2008. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti pelaksanaan perkhidmatan, sumbangan, struktur dan pencapaian khidmat nasihat SIS, membuat perbandingan dari sudut persamaan dan perbezaan antara khidmat nasihat SIS dengan khidmat nasihat yang disarankan oleh Islam yang sebenar dan membuat penilaian terhadap khidmat nasihat SIS dari perspektif Islam. Metodologi yang digunakan untuk menghasilkan penulisan ini ialah penganalisaan data kualitatifyang merangkumi dua metode iaitu dokumentasi dan kajian lapangan yang menggunakan metode temu bual dan observasi. Kajian dokumentasi dijalankan ke atas sumber dokumentasi primer dari pusat sumber SIS dan kitab-kitab hasil tulisan ulama-ulama muktabar. Kajian dokumentasi sekunder juga dilakukan melalui data-data yang terdapat di pelbagai perpustakaan, laman sesawang, akhbar-akhbar dan majalahmajalah. Metode temu bual pula telah dijalankan dengan kumpulan aktivitis SIS, pakar undang-undang, ahli psikologi, tokoh-tokoh agama, tokoh-tokoh ilmuwan, pegawai-pegawai agama dan orang awam. Manakala metode observasi dilakukan dalam bentuk penglibatan pengkaji secara terus dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh SIS sama ada secara formal atau informal. Penemuan kajian ini mendapati bahawa: (1) Pelaksanaan khidmat nasihat SIS yang berorientasikan kaunseling guaman merupakan mukadimah SIS dalammembina hubungan dengan masyarakat awam khususnya wanita Islam danseterusnya membawa wanita-wanita tersebut menghadiri pelbagai aktiviti anjuran SIS. (2) Khidmat kaunseling guaman SIS dijalankan oleh peguam yang tidak disyaratkan memiliki kelulusan undangundang Syariahdan tidak perlu mempraktikkan etika guaman Islam sebagai peguam Islam. Laporan khidmat nasihat SIS dipaparkan di akhbar tanpa melalui proses pembuktian aduan, tanpa saksi,tidak ada mana-mana saksi yang dipanggil untuk membuktikan setiap aduan yang diterima adalah tepat dan tiada perbicaraan terlebih dahulu. Hal ini adalah bertentangan dengan proses kaunseling guaman Islam.(3) SIS menggunakan pendekatan extra-Islamic: parameter mengikut acuan Barat mengatasi pendekatan intra-Islamic: parameter mengikut acuan al-Qur'an dan al-Sunnah. (4) Pelaksanaan khidmat nasihat SIS dijalankan mengikut pendekatan dan usaha-usaha merealisasikan fahaman feminis liberal.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSister in Islam-
dc.subjectFeminisme-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleSisters in Islam dan pelaksanaan khidmat nasihat terhadap isu-isu wanita-
dc.typetheses-
dc.format.pages230-
dc.identifier.callnoBP173.4.S58 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002637 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119401+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.