Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458198
Title: Perkembangan al-Usrah al-Dandarawiyyah dalam penyatuan ummah
Authors: Shamsul Najmi Shamsuddin (P48915 )
Supervisor: Mohd Nasran Mohamad, Prof. Dr.
Keywords: al-Usrah al-Dandarawiyyah
Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date:  24
Description: Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniyyah di Turki, perpecahan umat Islam semakin melebar dan tidak terkawal sehingga kini. Perpecahan berlaku disebabkan perbezaan ideologi, berlainan status kedudukan, fanatik perkauman serta perpisahan geografi. Pelbagai jemaah Islah wujud bertujuan menyelamatkan Islam dan umat Islam dari terus menuju kehancuran akibat bermusuhan sesama sendiri ini. Namun, tiada satu pun daripada jemaah islah tersebut yang berjaya. Hakikatnya, untuk Umat Islam kembali kuat dan menerajui dunia mereka perlu kembali kepada penyatuan dan persaudaraan Islam dalam erti kata yang sebenar. Oleh itu, kajian terhadap sebuah entiti masyarakat muslim bernama al-Usrah al-Dandarawiyyah dijalankan bagi melihat sejauhmana perkembangan pengalamannya dalam penyatuan ummah. Objektif kajian ini ialah mengkaji perkembangan al-Usrah al-Dandarawiyyah dan menilai hubungannya dengan dunia luar serta mengenal pasti pendekatan dan instrumen penyatuannya. Metodologi naratif digunakan ketika menjalankan kajian ini. Pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian, temubual tidak berstruktur selain mengkaji sumber-sumber rasmi al-Usrah al-Dandarawiyyah bagi mendapatkan data yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Kajian ini mendapati bahawa pendekatan model penyatuan yang diguna pakai oleh al-Usrah al-Dandarawiyyah berpotensi mengembalikan orang-orang Islam bersatu menjadi satu ummah yang kuat dan bersatu padu setelah lemah kerana berpecah-belah disebabkan oleh perbezaan ideologi, berlainan status kedudukan, fanatik perkauman serta perpisahan geografi. Pengkaji mendapati Al-Usrah al-Dandarawiyyah adalah model ummah dalam bentuk entiti sebuah keluarga yang menjaga kejernihan iman dan ketulenan Islam melalui ikatan setiap anggota keluarganya terhadap Pemimpin Teragung Rasulullah SAW.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 84
Call Number: BP189.7.D4S53 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119384+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.