Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458197
Title: | Tahap penontonan iklan didik hibur dengan personaliti proposal Muslim di Malaysia |
Authors: | Zaidatul Husna Md Rodhe (P60493) |
Supervisor: | Rosmawati Mohamad Rasit, Dr. |
Keywords: | Pengiklanan Personaliti muslim Television advertising-Malaysia |
Issue Date: | 26 |
Description: | Penontonan iklan berbentuk hiburan berpendidikan yang terdapat dalam iklan-iklan kemasyarakatan dikatakan mampu memberi sumbangan positif ke atas pembentukan personaliti prososial Muslim. Walau bagaimanapun, terdapat iklan-iklan yang tidak beretika yang mempengaruhi nilai dan akhlak masyarakat. Justeru, penghasilan iklan dengan genre didik hibur perlu untuk mendidik dan membentuk masyarakat Islam khususnya dalam membina tingkah laku yang lebih positif sebagai personaliti prososial Muslim. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendedahan responden terhadap tahap penontonan iklan didik hibur di Malaysia. Kajian ini turut mengkaji hubungan di antara penontonan iklan didik hibur dengan personaliti prososial Muslim. Kajian ini juga menganalisis pengaruh faktor penontonan iklan didik hibur terhadap personaliti prososial Muslim. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan keratan rentas melalui pengedaran instrumen soal selidik. Seramai 279 isi rumah telah dipilih sebagai responden kajian melalui persampelan rawak mudah daripada keseluruhan populasi yang berjumlah 406 buah keluarga. Hasil kajian daripada ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan lemah (r = 0.209, p < 0.00) di antara tahap penontonan iklan didik hibur dengan personaliti prososial Muslim. Manakala ujian Regresi Linear pula mencatatkan dapatan yang signifikan iaitu R2=0.044 (β= 0.209) yang menyumbang sebanyak 4.4 peratus nilai varians. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pemboleh ubah kajian ini turut menyumbang sebagai faktor terhadap personaliti prososial Muslim walaupun pada tahap nilai β yang lemah. Kajian ini dilihat dapat memberi sumbangan baru terhadap bidang penyelidikan Media dan Komunikasi Islam. Implikasi dasar penyelidikan ini akan mewujudkan kandungan penyiaran iklan yang lebih bersifat mempengaruhi penonton dengan nilai-nilai moral dan agama.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 107 |
Call Number: | HF6146.T42Z337 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119336+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.15 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.