Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458195
Title: | Respon dakwah terhadap konsep triniti dalam We believe in one God |
Authors: | Mohd. Khaidir Ishak (P53054) |
Supervisor: | Badlihisham Mohd. Nasir, Prof. Dr. |
Keywords: | Triniti Dakwah Penganut kristian Islam-Relations-Christianity. |
Issue Date: | 20 |
Description: | Buku We Believe in One God? Reflections on the Trinity in the Malaysian Context, karya Dr. Albert Sundararaj Walters secara keseluruhannya bertujuan merefleksi semula tafsiran dan kefahaman terhadap doktrin Triniti supaya boleh diterima oleh masyarakat Malaysia khususnya orang Muslim. Namun begitu, masih ramai yang tidak memahami doktrin Triniti yang dibincangkan dalam buku ini. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji latar belakang penulis buku iaitu Dr. Albert Sundararaj Walters. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tema-tema penting buku. Seterusnya kajian ini bertujuan menganalisis respon dakwah terhadap kandungan utama buku ini iaitu Triniti. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis kandungan. Data dikumpul melalui analisis dokumen dan temubual. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Kajian ini mendapati bahawa penulis adalah seorang paderi yang pakar dalam hubungan Kristian – Islam. Ini ditunjukkan dari hasil-hasil penulisan beliau yang kesemuanya mempunyai perkaitan dengan hubungan Kristian dan Islam. Beliau juga terlibat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pertubuhan Kristian peringkat nasional. Kajian ini juga mendapati tema utama buku ini ialah mengkaji kemungkinan untuk merumus semula doktrin Triniti dalam konteks Islam. Buku ini juga berusaha menerapkan Triniti secara kontekstual sehingga boleh diterima oleh orang Islam. Dapatan kajian dari perspektif dakwah menunjukkan ulama-ulama Islam menolak doktrin Triniti walau apa bentuk sekali pun. Analogi dan ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan Triniti dipatahkan semula oleh ulama Islam dengan jawapan logik dan petikan Bible. Namun begitu, usaha-usaha kontekstual seperti tuntutan penggunaan Bahasa Melayu dan seruan dialog antara agama tetap memberi kesan kepada umat Islam. Implikasi kajian ini ialah menyediakan satu respon kepada mereka dalam menghadapi isu Triniti sebagai persediaan dakwah terhadap penganut Kristian,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 167 |
Call Number: | BP172.M845 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458195 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119324+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.3 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.