Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458193
Title: Doktrin Islamic State (IS) dan respons sarjana Muslim Malaysia
Authors: Saifullah Mohd Nasri (P73382)
Supervisor: Muhammad Razak Idris, Dr.
Keywords: Doktrin Islamic State (IS)
Kumpulan IS
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  11
Description: Doktrin Islamic State (IS) mewakili satu aliran pemikiran yang bercorak radikal dalam kajian pemikiran Islam semasa. Kumpulan IS ialah sebuah gerakan yang awalnya berasal daripada Al-Qaeda dan dilabel menggunak pendekatan berbentuk ekstrem dalam pemikiran dan kegiatan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji doktrin pemikiran kumpulan IS dan mengesan ciri-ciri pemikiran radikal yang dianuti oleh mereka. Lima aspek utama doktrin IS dikenalpasti iaitu kewajipan jihad bersenjata, pemikiran takfiri, tanggungjawab hijrah bagi pembinaan daulah Islamiyyah, taat setia dan baiah dan anti golongan Syiah. Kesemua doktrin ini didapati menjadi asas pemikiran dan perjuangan kumpulan IS. Kajian ini menganalisa dokrin-doktrin pemikiran IS dan mengkaji respon para sarjana Muslim di Malaysia terhadap pemikiran tersebut. Kajian ini menggunakan metode kualitatif berasaskan analisa kepustakaan dan temubual. Seramai 10 orang sarjana Muslim di Malaysia telah ditemubual bagi mendapatkan pandangan terhadap doktrin IS. Respon para sarjana Muslim didapati pemikiran radikal IS telah menyalahi pegangan dan kefahaman yang disepakati dalam ajaran Islam dan menyeru masyarakat Islam menjauhi pemikiran dan kumpulan IS. Doktrin IS jelas menunjukkan penerapan nilai-nilai negatif seperti fahaman radikalisme yang boleh memberi ancaman kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat pada masa kini. Implikasi kajian menunjukkan pemikiran radikalisme mesti dihalang dari berkembang dalam masyarakat dan semua pihak terutama agensi agama dan pendidikan hendaklah memainkan peranan dalam menjelaskan kesalahan yang terkandung dalam pemikiran IS seterusnya mendidik masyarakat terhadap kefahaman Islam berasaskan pendekatan sederhana yang sebenar.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 122
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119230+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.