Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458192
Title: Adab Al-Ikhtilaf dalam Islam: Kajian terhadap PAS, ABIM dan JIM.
Authors: Ahmad Faqih Ibrahim (P44898)
Supervisor: Badlihisham Mohd Nasir, Prof.
Keywords: Ethics
Ikhtilaf
PAS
ABIM
JIM
Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Issue Date:  16
Description: Adab al-Ikhtilaf dalam Islam telah menggariskan prinsip-prinsip muzakarah, berdialog dan berbincang dalam sesuatu perkara kepada umatnya termasuk gerakan Islam. Bagaimanapun, perbincangan Adab al-Ikhtilaf ini mesti berteraskan kepada akal yang sihat dan berpaksikan kepada sumber Islam yang benar, bukannya diselesaikan mengikut andaian, semangat kepartian, fanatik kenegerian, taqlid buta serta dorongan emosi semata-mata. Atas dasar ini, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti konsep perselisihan pendapat menurut Islam, mengkaji adab ikhtilaf dalam gerakan Islam PAS, ABIM dan JIM serta menganalisis kefahaman, faktor dan sikap gerakan Islam terhadap adab al-Ikhtilaf. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dan data kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada 195 orang responden, temubual bersama pemimpin gerakan Islam serta pemerhatian yang dijalankan. Analisis data dalam kajian ini menggunakan teknik statistik deskriptif yang dianalisis melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa dalam memahami konsep adab ikhtilaf menurut Islam, ulama berbeza pendapat mengenai hal tersebut. Ada yang mengatakan boleh berlaku ikhtilaf dan ada yang sebaliknya. Namun begitu, kajian mendapati dengan adanya perbezaan pendapat, proses mengembangkan ilmu berlaku. Sementara itu, dalam mengkaji adab ikhtilaf dalam gerakan Islam PAS, ABIM dan JIM, kajian mendapati setiap gerakan mempunyai isu-isu ikhtilaf yang tersendiri dan mereka mempunyai langkah penyelesaian yang sesuai bagi menyelesaikan setiap isu yang timbul daripada perbezaan pendapat. Hasil kajian juga mendapati bahawa gerakan Islam yang dikaji memahami konsep ikhtilaf menurut Islam dan bersikap terbuka terhadap isu ikhtilaf. Gerakan Islam juga bersetuju dengan kebanyakan faktor-faktor berlaku ikhtilaf dalam gerakan Islam. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan kepada bahawa adab al-Ikhtilaf yang berlaku dalam konteks yang dibenarkan syariat pasti membawa rahmat penyatuan.,Tesis ini tidak ada perakuan Sarjana/ Doktor Falsafah,Sarjana
Pages: 99
Call Number: BP158.I38A374 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458192
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119222+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
835.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.