Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458189
Title: Persepsi masyarakat awam terhadap keberkesanan kaedah Jawi baca dengan nombor
Authors: Wan Mohd Azhar Wan Mahamod (GP02124)
Supervisor: Abdul Ghafar Don, Prof. Madya Dr.
Keywords: Jawi
Tulisan Jawi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  20
Description: Bahasa Melayu boleh ditulis dengan dua tulisan, iaitu tulisan Jawi dan tulisan Rumi. Sejarah mencatatkan tulisan Jawi telah digunakan dengan meluas di Tanah Melayu berkurun lamanya. Tulisan Jawi telah diangkat sebagai tulisan rasmi sebelum tahun 1957. Namun begitu, selepas tahun 1957 tulisan Rumi pula telah menjadi tulisan rasmi bagi Tanah Melayu. Kini, walaupun tulisan Jawi tidak lagi menjadi tulisan rasmi tetapi ia masih lagi digunakan terutama di dalam bidang pendidikan seperti buku teks, teks khutbah Jumaat, surat nikah dan lain-lain. Penggunaan tulisan Jawi semakin hari semakin kurang mendapat perhatian dari masyarakat. Berbagai persepsi masyarakat terhadap kepentingan penggunaan tulisan Jawi atau sebaliknya. Kajian ini bertujuan membuktikan apakah persepsi masyarakat awam terhadap satu kaedah terbaharu yang dapat membantu masyarakat dapat celik Jawi dalam masa yang singkat. Kaedah tersebut ialah Kaedah Jawi Baca Dengan Nombor (Jawi BDN). Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan, antaranya mudah difahami, kosnya sangat rendah, menjimatkan masa, sesuai untuk semua lapisan masyarakat, pedagoginya mudah difahami dan mudah diajarkan kepada orang lain, sesuai dengan keperluan pedagogi pembelajaran dan juga disertakan perisian Jawi BDN yang sangat berkesan untuk membantu celik Jawi. Selain dari menganalisa persepsi masyarakat terhadap Kaedah Jawi BDN, kajian ini juga menyebut beberapa fakta berkenaan sejarah perkembangan tulisan Jawi di Tanah Melayu, penerangan secara mendalam hubungkait dan kelebihan tulisan Jawi untuk pembelajaran Iqra serta al-Quran yang lebih berkesan antarannya membantu penyebutan istilah agama yang betul, ketepatan penyebutan istilah feqah dan tauhid, keselarasan sebutan nama huruf Jawi dengan huruf Hijaiyah Arab, membantu memastikan kedudukan (susunan) abjad Hijaiyyah yang teratur, membantu penulisan Iqra' dan al-Quran dengan betul dan memudahkan pembelajaran Bahasa Arab.Terdapat juga enam perkara berkenaan perkaitan Jawi dengan sebutan Bahasa Melayu iaitu keseimbangan penyebutan huruf, memudahkan mengenalpasti huruf Hijaiyyah yang bersambung, membantu menyebut huruf dengan sebutan makhraj yang betul, terdapat penggunaan tulisan Jawi pada perkataan serapan Bahasa Arab, menggalakkan minat dan menjimatkan masa seseorang untuk mempelajari Iqra serta al-Quran dan yang terakhir fenomena tulisan Jawi hari ini di Malaysia. Metodologi kajian ialah secara analisis kandungan dan kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden di kalangan mereka yang pernah mengikuti bengkel dan ceramah Jawi BDN di seluruh negara. Data terkumpul dianalisis secara deskriptif dan dibuat dalam bentuk graf dan juga menggunakan perisian SPSS bagi borang soal selidik untuk responden tertentu. Hasil kajian membuktikan masyarakat awam menerima Kaedah Jawi BDN sebagai satu kaedah yang sangat berkesan untuk membantu masyarakat awam dan murid sekolah celik Jawi dalam masa yang singkat. Dalam kajian ini dinyatakan Implikasi kajian membuktikan bahawa persepsi masyarakat pada Kaedah Jawi BDN mampu membantu masyarakat Islam untuk celik Jawi. Kertas kajian mencadangkan pelaksanaan Kaedah Jawi BDN diaplikasikan secara menyeluruh di institusi pendidikan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 182
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119192+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.