Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458185
Title: Strategi terjemahan gambaran sikap masyarakat dalam peribahasa Melayu ke Bahasa Arab
Authors: Noor Syafiqah Ahamadi Palah (P83641)
Supervisor: Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Dr.
Keywords: Terjemahan
Sikap
Peribahasa Melayu
Bahasa Arab
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  7
Description: Menterjemah gambaran sikap masyarakat dalam peribahasa merupakan satu perkara yang amat sukar apatah lagi jika melibatkan dua bahasa dari keluarga bahasa yang berbeza dan budaya yang berlainan. Masalah yang seringkali terjadi, apabila wujud gambaran yang berlainan yang membawa kepada perbezaan makna. Hal ini menyebabkan ramai sarjana yang mencadangkan beberapa strategi terjemahan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah ini. Kajian ini bertujuan mengesan gambaran sikap masyarakat dalam Peribahasa Melayu ke Bahasa Arab menggunakan Kamus Peribahasa Melayu Arab Inggeris (KPMAI). Kajian ini juga bertujuan menganalisis strategi terjemahan peribahasa yang digunakan oleh penyusun KPMAI dan menentukan kepadanan terjemahan gambaran sikap masyarakat dalam peribahasa Melayu ke Bahasa Arab dalam KPMAI. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan. Pemilihan data secara persampelan sistematik digunakan bagi memilih peribahasa berkaitan gambaran sikap masyarakat daripada korpus utama, iaitu Kamus Peribahasa Melayu Arab Inggeris (KPMAI). Data yang terkumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Hasilnya kajian mendapati bahawa penyusun lebih banyak menggunakan strategi ketiga iaitu menterjemah makna peribahasa tanpa mengekalkan gambaran bahasa sumber. Selain itu, kaedah padanan peribahasa dengan peribahasa juga lebih kerap digunakan. Kajian ini memberikan implikasi yang besar kepada pendidikan generasi melalui peribahasa Melayu ke Bahasa Arab yang menggambarkan sikap positif masyarakat. Kajian juga dapat menjadi panduan bagi menterjemah peribahasa Melayu ke Arab dengan menggunakan pemilihan padanan makna yang tepat dan teknik yang bersesuaian.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 140
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119188+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.