Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458184
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaizul Ab. Rahman, Dr.
dc.contributor.authorNurain Jamal (P78880)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:56Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:56Z-
dc.date.issued24/07/2019
dc.identifier.otherukmvital:119187
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458184-
dc.descriptionGejala stres sememangnya dialami oleh semua lapisan masyarakat tidak kira golongan profesional mahupun orang awam. Terdapat banyak faktor yang menjadi punca kepada gejala stres pada setiap individu tidak terkecuali dalam kalangan guru. Kerjaya guru secara lumrahya berperanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Hal demikian berlaku akibat bebanan tugas yang dipikul dan tanggungjawab yang perlu digalas sebagai seorang pendidik. Selain itu, tingkah laku pelajar, kekangan masa dan sumber, hubungan interpersonal serta keperluan pengiktirafan profesional turut mempengaruhi stres itu berlaku. Faktor lain juga seperti kelemahan hati, kelemahan roh, kelemahan akal dan pengaruh nafsu. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap stres, mengkaji faktor stres, mengkaji cara mengatasi stres dan menganalisis perbezaan faktor stres dalam kalangan guru Islam di SMK daerah Sabak Bernam mengikut faktor demografi (jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar).Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Seramai 254 orang sampel yang terdiri dalam kalangan guru yang beragama Islam di SMK daerah Sabak Bernam. Data dikumpul melalui set soal selidik dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi iaitu ujian-T dan ANOVA sehala. Hasil kajian mendapati tahap stres guru adalah rendah. Berdasarkan nilai pekali Alpha Cronbach, faktor stres mencapai 0.857. Hasil kajian menunjukkan tahap stres guru adalah rendah. Manakala faktor stres guru (m = 1.77, sp = 0.419) dan cara menangani stres guru (m = 2.93, sp = 0.248).Dapatan kajian bagi ujian-T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina. Manakala analisis ANOVA sehala tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut umur, status perkahwinan dan pengalaman mengajar kecuali pada tahap pendidikan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectStres
dc.subjectGuru
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleFaktor penentu stres dalam kalangan guru Islam di sekolah menengah kebangsaan daerah Sabak Bernam
dc.typetheses
dc.format.pages154
dc.identifier.barcode004661(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119187+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.