Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458181
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZulkefli Aini, Dr.
dc.contributor.authorNurul Islam Mohd Isa (P81822)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:55Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:55Z-
dc.date.issued2019
dc.identifier.otherukmvital:119179
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458181-
dc.descriptionPenyesuaian diri merupakan proses perubahan yang yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk memenuhi permitaan suasana persekitaran yang didiami olehnya atau menjadikan suasana persekitaran tersebut seperti yang diinginkannya. Melalui penyelidikan ini, penyesuaian diri dikaji untuk mengenal pasti nilai-nilai murni yang diamalkan di kalangan MOA dalam proses PdPc di Sekolah Kebangsaan (Asli) Selangor. Selain itu, penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengkaji bentuk-bentuk penyesuaian diri MOA terhadap nilai-nilai murni tersebut di samping menganalisis tahap penyesuaian diri mereka dalam proses PdPc yang berlaku. Terdapat tiga permasalahan kajian yang utama dalam kajian ini iaitu budaya, sikap dan cara berfikir masyarakat Orang Asli yang menyebabkan murid Orang Asli berterusan gagal beradaptasi dengan proses pendidikan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Di samping itu, teknik persampelan bertujuan dan berstrata telah digunakan untuk memilih sampel. Seramai 42 orang guru dari tiga buah Sekolah Kebangsaan (Asli) 100 peratus di negeri Selangor yang bertaraf band 5 telah dipilih sebagai responden kajian. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS Version 22. Kajian mendapati MOA mengamalkan lapan item nilai murni yang dikaji dalam proses PdPc di kelas, iaitu keberanian, kerajinan, rasional, kesyukuran, disiplin, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama. Antara item ini, kasih sayang merupakan item tertinggi yang diamalkan oleh MOA dengan kadar 85 peratus menjawab YA. Manakala skor min bagi objektif kedua adalah diperingkat sederhana dengan skor min 3.35. Tambahan lagi, analisis tahap penyesuaian diri juga menunjukkan kadar skor min yang sederhana iaitu 3.6. Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan nilai-nilai murni yang dikaji, diamalkan oleh murid Orang Asli dalam PdPc di dalam kelas dan berada di tahap sederhana sahaja. Kesimpulannya, kajian ini memberi gambaran terkini tentang penerimaan masyarakat Orang Asli terhadap proses pembangunan pendidikan yang dilaksanakan dengan berorentasikan penyesuaian diri terhadap nilai-nilai murni dengan mengutamakan aspek kemanusiaan dan akhlak yang mulia. Selain itu, kajian ini juga berperanan untuk memberi dorongan kepada para pendakwah Islam dan para pendidik kepada masyarakat Orang Asli untuk meneliti dan merangka pendekatan yang bersesuaian kepada mereka dalam proses menyampaikan dakwah dan pendidikan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectOrang Asli
dc.subjectPenyesuaian diri
dc.subjectPersepsi guru
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePersepsi guru terhadap penyesuaian diri murid Orang Asli berkaitan nilai-nilai murni di Sekolah Kebangsaan (Asli) Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages146
dc.identifier.barcode004658(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119179+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.