Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458178
Title: Analisis perbandingan konsep pemilikan tanah melalui Iqṭā dengan Kanun Tanah Negara 1965
Authors: Muhamad Hafizullah Muda (P73344)
Supervisor: Md Yazid Ahmad
Keywords: Undang-undang tanah
Iqṭā
Pemilikan tanah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  3
Description: Undang-undang tanah di Malaysia telah menjadikan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) yang berasaskan prinsip sistem Torrens sebagai sumber rujukan, termasuklah dalam soal pemilikan dan hal pelupusan tanah. Undang-undang tersebut tersusun baik dan sistematik sehingga proses pelaksanaan. Sebagai perbandingan, Iqṭā yang ada dalam undang-undang tanah Islam pula berpandukan kepada al-Quran, hadis dan ijtihad ulama. Walaupun berbeza asas, wujud beberapa persamaan antara konsep Iqṭā dengan konsep pelupusan dalam KTN 1965. Namun, berdasarkan persamaan ini, penjelasan perlu diberikan berhubung kedudukan konsep pelupusan yang diperuntukkan dalam KTN 1965 sebagai instrumen Iqṭā dalam undang-undang tanah di Malaysia. Selain itu, perlu dipastikan sejauh mana pula keselarian yang wujud antara keduanya. Lantaran itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti konsep pemilikan Islam dalam undang-undang tanah di Malaysia. Ia juga untuk mengkaji instrumen Iqṭā dalam undang-undang tanah di Malaysia dan seterusnya menganalisis keselarian undang-undang pemilikan tanah di Malaysia dengan prinsip Iqṭā dalam undang-undang tanah Islam. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian literatur yang meliputi statut-statut yang berkaitan, kajian-kajian penyelidikan yang berbentuk buku, jurnal, tesis dan seumpamanya. Penganalisaan data pula berdasarkan analisis dokumen yang dilakukan melalui pendekatan komparatif dan deskriptif. Hasil kajian mendapati wujud beberapa percanggahan dalam membandingkan Iqṭā dengan apa yang ada dalam undang-undang tanah Malaysia khasnya perkara-perkara yang memberi kesan kepada pemilikan. Namun begitu, terdapat juga keselarian antara kedua-dua undang-undang dalam perbandingan tersebut khususnya dari segi kerangka besar konsep. Kajian juga mendapati wujud instrumen iIqṭā dalam undang-undang tanah di Malaysia jika dilihat daripada kerangka besar konsep pelupusan tanah khususnya yang termaktub dalam KTN 1965. Persamaan ini menjadikan ruang untuk menambah baik konsep pelupusan dengan mengguna pakai konsep Iqṭā menjadi lebih mudah. Hasil kajian ini boleh menyumbang kepada percambahan ilmu undang-undang tanah Islam lantaran ilmu berkaitan undang-undang tanah Islam jarang mendapat perhatian masyarakat umum. Kajian ini memberi implikasi ke arah penambahbaikan enakmen atau akta-akta yang berkaitan dengan pelupusan tanah supaya undang-undang tersebut selari dengan kehendak syariah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 128
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119176+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.