Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458177
Title: | Pengetahuan dan pelaksanaan tugas Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) terhadap operasi Tentera Darat (TDM) |
Authors: | Zulkeple Abdullah Sani (P88264) |
Supervisor: | Khazri Osman, Dr. |
Keywords: | KAGAT Tentera darat Pelaksanaan tugas Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4 |
Description: | Masyarakat memandang hormat terhadap anggota tentera kerana tugas mereka mempertahankan tanah air. Mereka beranggapan anggota tentera sentiasa memiliki semangat juang yang tinggi. Sebagai salah satu komponen penting Angkatan Tentera Malaysia (ATM), KAGAT memprogramkan aktiviti demi menjamin kelangsungan semangat juang agar tidak luntur. Akan tetapi bukan mudah untuk membina anggota yang mempunyai semangat tempur walaupun pelbagai doktrin dan prosedur telah ditanam dan dipatuhi khususnya aspek pemantapan kerohanian anggota tentera semasa operasi. Untuk itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti aspek pengetahuan anggota KAGAT terhadap tugasan, tindakan pelaksanaan tugas dan hubungan antara pengetahuan tugas dengan pelaksanaannya terhadap TDM merujuk kepada manual Doktrin KAGAT Semasa Perang. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif melalui pendekatan tinjauan. Pengumpulan data melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 248 orang responden daripada anggota KAGAT bawah pentadbiran TDM seterusnya dianalisis melalui teknik statistik deskriptif dan inferensi kolerasi menggunakan SPSS Versi 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan pengetahuan tugas KAGAT terhadap operasi TDM melalui Doktrin KAGAT Semasa Perang adalah sederhana (min= 3.17, SD=0.353) manakala secara keseluruhan tindakan pelaksanaan tugas anggota KAGAT terhadap operasi TDM berpandukan manual Doktrin KAGAT Semasa Perang juga sederhana (min= 3.17, SD=0.353). Kajian analisis kolerasi pula mendapati terdapat hubungan antara keduanya adalah kuat (r = 0.626 dan p = 0.000 (p < 0.01). Keputusan sederhana dan hubungan yang signifikan ini menunjukkan pelaksanaan tugas anggota KAGAT dalam operasi TDM belum mencapai tahap maksima kerana penerapan ilmu melalui manual berkenaan tidak diterima sepenuhnya. Kajian ini memberi impak besar kepada dasar dan amalan dalam tugas dan pengoperasian KAGAT. Usaha menambah baik boleh dilaksanakan oleh Jabatan Arah KAGAT melalui modul kursus bagi menerapkan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan praktikal medan bagi menjamin anggota KAGAT dapat melaksanakan tugas secara maksima.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 155 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119175+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 1.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.