Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458174
Title: Peranan murabbi dan hubungannya terhadap pembentukan akhlak remaja di rumah pengasih warga prihatin
Authors: Siti Aisyah Kamaruddin (P78816)
Supervisor: Latifah Abdul Majid, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Murabbi
Peranan
Akhlak remaja
Rumah pengasih
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Jan-2019
Description: Murabbi adalah individu yang berilmu, bijaksana, salih, baik hati, bertimbang rasa dan menggabungkan kehidupan menuntut ilmu dengan kehidupan yang salih dan boleh dijadikan sebagai contoh teladan yang baik. Murabbi berperanan untuk membangun, membentuk dan mengembangkan personaliti keinsanan anak didik tahap demi tahap dan berterusan hingga ke tahap yang sempurna. Namun, tugas mendidik anak-anak adalah tanggungjawab hakiki ibubapa. Ibubapa berperanan mendidik anak-anak dalam usaha melahirkan remaja yang unggul dan holistik. Gaya asuhan yang dipraktikkan ketika berinteraksi dengan anak-anak menjadi indikator kepada kemenjadian akhlak yang dibentuk kerana gaya asuhan yang bersifat kurang kawalan dan perhatian daripada ibubapa menyebabkan anak-anak ini terlibat dengan masalah sosial. Justeru, Rumah Pengasih Warga Prihatin telah mengambil peranan ini dengan menjadikan para murabbinya sebagai orang yang kedua bertanggungjawab selepas ibubapa untuk membentuk semula akhlak remaja. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan murabbi terhadap pembentukan akhlak remaja. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis peranan murabbi sebagai faktor yang mempengaruhi pembentukan akhlak remaja di Rumah Pengasih Warga Prihatin dan menganalisis hubungan antara peranan murabbi dengan pembentukan akhlak remaja. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang berbentuk kajian kuantitatif yang melibatkan 56 orang responden remaja lelaki dan perempuan di Rumah Pengasih Warga Prihatin Sungai Ramal, Kajang. Pengumpulan data adalah melalui instrumen borang soal selidik dan diproses dalam perisian komputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Edisi 22. Penganalisisan data menggunakan pendekatan diskriptif dan inferensi dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian mendapati peranan murabbi mempunyai hubungan yang kukuh terhadap pembentukan akhlak remaja berdasarkan nilai korelasi (r=0.776, ρ<0.05) dan nilai regresi (ΔR2=0.602) ini menunjukkan bahawa 60.2% faktor pembentukan akhlak remaja dipengaruhi oleh peranan murabbi. Kajian ini dilihat mampu membantu ibubapa dan guru-guru dalam membentuk masalah akhlak anak-anak. Oleh itu, kajian ini diharap dapat menjadi rujukan dan panduan dalam pembangunan dan pembentukan sahsiah berlandaskan Pendidikan Agama Islam.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 103
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119169+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.