Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458172
Title: Terapi muzik pada akhir era Abbasi
Authors: Siti Norhidayah Mohd Sufie (P85166)
Supervisor: Roziah Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr.
Keywords: Seni muzik
Abbasi
Sejarah
Analisis kandungan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Aug-2019
Description: Seni muzik mengalami perkembangan seiring dengan peredaran zaman. Ini dapat dibuktikan dengan kemunculan irama-irama baru, alatan muzik yang digunakan serta fungsi muzik yang bukan sahaja digunakan untuk berhibur. Pada akhir era Abbasi, seni muzik berada di kemuncak apabila ilmu muzik giat dibukukan serta dikaji dengan lebih mendalam melalui gerakan-gerakan penterjemahan karya-karya asing. Kesan daripada penterjemahan yang berlaku pada akhir era Abbasi, pandangan mengenai muzik terpecah kepada dua pandangan yang menghubungkan muzik dengan alam semesta serta kekuatan elemen-elemen muzik. Maka, kedua-dua pandangan inilah yang menjadi dasar bahawa muzik mempunyai kekuatan tersendiri dalam merawat penyakit. Maka, ia boleh memberi indikasi bahawa muzik boleh digunakan sebagai satu bentuk terapi yang diaplikasi dalam bidang perubatan. Oleh itu, kajian dijalankan bagi mengamati konsep terapi muzik dalam akhir era Abbasi, menganalisis sejarah perkembangan terapi muzik dalam era Abbasi seterusnya menganalisis aplikasi terapi muzik yang dilaksanakan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan mengaplikasi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Maklumat dan data dikumpul daripada pelbagai bentuk tekstual dan visual. Seterusnya bagi teknik pengolahan data dan maklumat dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik teks dan pendekatan deskriptif. Kajian mendapati aplikasi terapi muzik sebenarnya banyak didasari oleh falsafah Greek terutamanya aliran Pythagoras dan Aristoxenus. Ini membawa kepada dua cabang kepercayaan yang berbeza dalam mengaplikasi terapi muzik. Selain itu, terapi muzik era Abbasi telah memberi gambaran awal bagaimana perlaksanaan terapi dijalankan samada secara persendirian atau di hospital. Menerusi kajian ini juga, kajian mampu memberi pendedahan kepada pembaca bahawa terapi muzik bukanlah satu rawatan yang baru diperkenalkan. Tambahan pula, dapat memberikan pengetahuan baru mengenai keistimewaan dan kebaikan terapi muzik. Justeru, terapi muzik boleh dijadikan sebagai satu alternatif rawatan dalam mempelbagaikan rawatan perubatan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 118
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119167+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.