Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458171
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDr. Wan Nasyrudin bin Wan Abdullah
dc.contributor.authorNur Hanisah Mohd Nor Afandi (P53118)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:51Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:51Z-
dc.date.issued2012-05-13
dc.identifier.otherukmvital:119042
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458171-
dc.descriptionPeningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja pada hari ini merupakan masalah yang serius dalam masyarakat. Walaupun pelbagai pendekatan telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan agensi swasta, namun permasalahan ini masih berada ditahap yang membimbangkan. Statistik Bukit Aman berkaitan dengan kes kecurian melibatkan remaja dan kanak-kanak berusia 7 tahun hingga 18 tahun pada tahun 2011 menunjukkan terdapat sebanyak 54,170 kes. Keterlibatan remaja dalam kes-kes jenayah ini menunjukkan mereka tidak memahami peranan al-din dalam kehidupan. Bagi menangani remaja bermasalah, al-Quran menawarkan solusi kepada krisis tersebut melalui surah al-Kahfi. Surah al-Kahfi membawa mesej yang cukup besar dalam memperbetulkan sistem panduan pemikiran manusia. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji konsep al-din dalam surah al-Kahfi, mengenalpasti uslub pendidikannya dan menganalisis pendekatan surah tersebut dalam menangani remaja bermasalah. Reka bentuk kajian ini adalah analisis kandungan. Sampel kajian melibatkan ayat-ayat al-Quran dalam surah al-Kahfi yang berkaitan dengan konsep al-din. Data dianalisis secara deduktif dan tematik. Dapatan kajian ini menemukan konsep al-din dalam surah al-Kahfi bertemakan empat kategori utama iaitu aqidah, akhlak, syariah dan kepimpinan. Terdapat empat uslub pendidikan al-Quran dalam surah al-Kahfi iaitu uslub qasas al-Quran, uslub amthal al-Quran, uslub cilm dan uslub bahasa sastera yang indah. Kajian ini juga menemukan terdapat lima pendekatan surah al-Kahfi dalam menangani remaja bermasalah iaitu pembinaan tauhid, langkah-langkah hijrah remaja berteraskan surah al-Kahfi, bimbingan membuat pilihan, pembinaan jati diri remaja dan imej personaliti diri remaja. Implikasi kajian ini terhadap program pendidikan remaja akan melahirkan remaja yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup, memahami peranan mereka dalam agenda dakwah Islamiyah sekaligus mengurangkan risiko mereka terjebak dalam permasalahan sosial.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMuslim teenagers-Religious life
dc.subjectIslam and social problems
dc.titleKonsep al-Din dalam surah al-Kahfi :pendekatannya dalam menangani remaja bermasalah
dc.typetheses
dc.format.pages120
dc.identifier.callnoHN40.M6N84 2014
dc.identifier.barcode002610 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119042+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.