Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458170
Title: Ketokohan Datuk Haji Ismail Abbas dalam kegiatan dakwah dan fikah di Sabah
Authors: Hamidah Haji Usman (P52552)
Supervisor: Mohammad Adib Samsudin, Dr.
Keywords: Ulama Malaysia
Biografi Datuk Haji Ismail Abbas
Issue Date: 9-Feb-2012
Description: Datuk Haji Ismail Abbas merupakan seorang tokoh agama yang amat dikenali di negeri Sabah. Keperibadian dan akhlak beliau menjadikan beliau seorang Mufti yang disegani dan dihormati. Sumbangan dan peranan beliau dalam menegakkan syiar dan syariat Islam di negeri Sabah tidak dapat dipertikaikan lagi, terutamanya semasa beliau memegang jawatan Mufti negeri Sabah. Pemikiran fiqh yang beliau lontarkan menjadi rujukan dan panduan. Namun begitu, ketokohan Datuk Haji Ismail Abbas ini hanya sekadar meniti di bibir umat Islam di negeri Sabah, tanpa ada satu penulisan yang khusus pun mengenai ketokohan mantan Mufti ini. Oleh itu, demi untuk memastikan agar usaha dan pengorbanan tokoh ini tidak dilupakan, khazanah ilmu dan pemikiran fiqh beliau dapat dimanfaatkan, maka kajian terhadap ketokohan mantan mufti Negeri Sabah ini dilakukan. Antara objektif kajian ini ialah menyingkap keperibadian Datuk Haji Ismail Abbas sebagai seorang mantan mufti negeri Sabah, seterusnya mengkaji peranan dan sumbangan beliau dari sudut penyebaran dakwah dan menangani masalah aqidah. Di samping itu, kajian ini turut memberi perhatian terhadap pandangan Fiqh, Irsyad dan Fatwa yang dikeluarkan oleh beliau semasa memegang jawatan Mufti negeri Sabah. Kajian terhadap tokoh ini adalah merupakan satu kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual dan analisis dokumen. Temubual dijalankan ke atas informen yang rapat dengan beliau sama ada rakan sekerja, anak murid ataupun kawan karib. Hasilnya, Datuk Haji Ismail Abbas mempunyai personaliti, akhlak dan keperibadian yang terpuji yang selayaknya dimiliki oleh seorang Mufti. Ketokohan beliau sebagai seorang mufti bukan sahaja terserlah melalui tingkah laku tetapi dapat dilihat melalui sumbangan dan peranan yang beliau curahkan dalam menyebarkan dakwah dan pemantapan aqidah di negeri Sabah. Bahkan ketokohan ini lebih terserlah lagi melalui pemikiran fiqh yang beliau lontarkan sama ada pandangan yang berkaitan dengan hukum Fikah, Irsyad dan Fatwa, yang sentiasa menjadi rujukan umat Islam di negeri Sabah dan tidak bertentangan dengan pegangan ahl al-Sunnah wal al-Jamacah.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 134
Call Number: BP80.I86H34 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119037+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.