Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458168
Title: al-Mustalahat al-qur'aniyyah min wijhat nazar al-mujtama' al-malayuwiy al-munbaththah fi Kamus Dewan
Authors: Siti Salma Wahiduddin
Keywords: Qur'an-Terminology.
Qur'an-Language
style.
Arabic language-Terms and phrases.
Description: Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan berkenaan kata pinjaman daripada bahasa Arab dalam bahasa Melayu, namun kajian-kajian ini belum menyentuh tentang kajian kosakata al-Quran secara khusus serta dari aspek kesepadanan makna antara yang disebutkan dalam Kamus Dewan dan al-Quran, walhal kajian ini amat penting dan memberi kesan terhadap kefahaman dan tingkah laku. Objektif kajian ini ialah untuk menentukan terminologi al-Quran yang terdapat dalam Kamus Dewan dan mengklasifikasikannya kepada beberapa aspek yang boleh dikaji dan dianalisis untuk menentukan terminologi yang memberi kesan kepada pembinaan sudut pandangan kepada kehidupan komuniti Melayu. Kajian ini menggunakan metode kajian komprehensif dan deskriptif analisis. Perkataan Arab yang termuat dalam Kamus Dewan dan al-Mucjam al-Mufahras li Alfaz al-Qur'an al-Karim dikenalpasti, kemudian dikategorikan dan seterusnya dianalisis makna sepuluh terminologi al-Quran yang paling banyak memberi kesan kepada pembinaan sudut pandangan kehidupan komuniti Melayu. Ia adalah untuk mengenalpasti makna yang dimaksudkan oleh al-Quran dan pengertiannya dalam komuniti Melayu. Dapatan kajian terpenting ialah, sebanyak 1553 kosakata Arab termuat dalam Kamus Dewan dengan sejumlah 742 perkataan daripadanya terdapat dalam al-Quran. Bilangan ini mewakili 47.8 peratus daripada perkataan Arab dalam Kamus Dewan yang disebut dalam al-Quran. Perkataan tersebut pula terdiri daripada lapan kelompok utama; iaitu berkaitan urusan kemanusiaan dan kemasyarakatan, perspektif, idea dan perasaan, alam tabii dan keadaan, perkara-perkara ghaib, benda pejal, tempat dan arah, ucapan dan perkataan serta huruf dan ganti nama. Kosakata yang menggambarkan tentang perspektif, idea dan perasaan adalah antara terminologi al-Quran yang paling banyak terdapat dalam Kamus Dewan. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kekurangan terhadap beberapa unsur makna pengertian Melayu bagi perkataan tersebut berbanding pengertian yang dikehendaki oleh al-Quran.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 113
Call Number: PJ6696.Z8S588 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118704+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
908.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.