Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458167
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah Abd. Majid, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorSyarifah Nayan (P88669 )-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:50Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:50Z-
dc.date.issued2019-02-18-
dc.identifier.otherukmvital:117304-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458167-
dc.descriptionGolongan Islam yang berfikiran liberal mengkritik pendekatan pemahaman teks hadis yang dilakukan oleh ulama terdahulu dalam memahami hadis sebagai tidak berkembang sesuai dengan perkembangan zaman sekarang. Teks hadis berkaitan wanita seringkali dianggap sebagai mendiskriminasi wanita dan masih mengamalkan sistem patriarki. Oleh kerana hermeneutik dianggap mampu bersikap adil terhadap teks maka, para pemikir liberal menawarkannya diaplikasikan dalam hadis untuk mengubah pemahaman tentang hukum yang terdapat dalam hadis supaya berubah mengikut konteks zaman sekarang. Bahkan, sudut kepengarangan hadis dicurigai kerana lingkaran hermeneutik iaitu teks, pengarang dan pembaca menekankan supaya bersikap prejudis kepada pengarang (author). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memahami konsep hermeneutik yang digunakan oleh pemikir liberal dalam al-Quran dan hadis. Seterusnya, menjelaskan perbezaan kaedah pemahaman hadis antara ulama kontemporari dan pemikir liberal serta menganalisis pendekatan hermeneutik dalam pemahaman hadis khusus dalam isu wanita. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan. Hasil kajian mendapati hermeneutik golongan pemikir liberal adalah berbentuk hermeneutik pembebasan yang bertujuan untuk mencari makna dalam konteks zaman sekarang. Persamaan terhadap kajian al-Quran dan hadis dapat dilihat menerusi komponen utama pentafsirannya iaitu lingkaran hermeneutik. Pendekatan yang digunakan oleh ulama kontemporari dalam memahami hadis merangkumi tekstual, intertekstual dan kontekstual. Manakala, empat pendekatan hermeneutik daripada pemikir liberal yang diaplikasikan dalam memahami hadis menggunakan pemahaman kontekstual tanpa terkecuali. Aplikasi pendekatan tersebut cenderung menolak hadis walaupun berstatus saḥīḥ atas alasan penilaian yang dilakukan terhadap sejarah periwayat (author) sebagai tidak cadl dan tidak ḍabiṭ di samping menekankan aspek sosio-historis, moral-sosial, dan juga bahasa. Pendekatan hermeneutik membawa implikasi yang negatif kepada pemahaman hadis dan akidah kerana pemahaman ini cenderung menyeleweng daripada pandangan para ulama dan menolak hukum yang bersifat thabit selain ianya bertentangan dengan akidah ahlu al-Sunnah wa al-Jamācah.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHadith -- Hermeneutics-
dc.subjectHadith -- Evidences, authority, etc.-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePendekatan hermeneutik pemikir liberal dalam pemahaman hadis-
dc.typetheses-
dc.format.pages191-
dc.identifier.callnoBP136.8.S97 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004445(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117304+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
115.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.