Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458162
Title: Pentadbiran undang-undang jenayah Islam dan pelaksanaan hukuman sebat di Aceh
Authors: Ikramsyah Irwali (P74440)
Supervisor: Zuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Criminal law (Islamic law) -- Acheh
Criminal procedure (Islamic law) -- Acheh
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Sep-2018
Description: Hukuman sebat bagi kesalahan jenayah syariah termaktub dalam Qanun Aceh nombor 6 tahun 2014 seperti yang disyariatkan oleh Islam. Walau bagaimanapun ia tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana terdapat beberapa halangan yang perlu kepada kajian untuk merungkai isu tersebut. Objektif kajian ialah mengkaji sejarah kemunculan undang-undang jenayah Islam di Aceh, dan mengkaji peruntukan undang-undang perlaksanaan hukuman sebat di Aceh dan menganalisis halangan pelaksanaannya di Aceh. Kajian ini berbentuk analisis kandungan dan temu bual separa berstruktur bersama pegawai dinas syariat Islam, pegawai Mahkamah Syariah, pegawai Jaksa, serta pegawai Wilayatul Hisbah dan anggota Dewan Perwakilan Rakyat. Data dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati, bahawa peruntukan undang-undang sebat dalam Qanun Aceh adalah selari dengan al-Qur'an dan al-Sunnah. Walau bagaimanapun dari aspek pelaksanaannya tidak boleh dilaksanakan mengikut hukum syariah kerana terdapat beberapa halangan, dan di antara halangan tersebut ialah bidang kuasanya tertakluk kepada aturan undang-undang sedia ada di mana Qanun Aceh lebih rendah di dalam susunan aturan undang-undang sehingga tidak dibenarkan memberi hukuman melebihi undang-undang yang ada di Republik Indonesia khususnya yang termaktub dalam kitab Undang-undang Hukum Pidana, halangan daripada masyarakat setempat yang tidak yakin kepada sistem pemerintahan,pelanggaran hak asasi manusia dan pelaksanaan hukuman yang kurang menyeluruh. Implikasi kajian membuktikan halangan-halangan dalam pelaksanaan hukuman sebat di Aceh dapat melemahkan peruntukan undang-undang sedia ada, serta pelaksanaan hukuman sebat dan ia perlu dikaji semula.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 101
Call Number: BP158.C67.I396 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117299+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
66.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.