Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458161
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJaffary Awang, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSiti Amirah Zakiah Ismail (P73385)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:43Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:43Z-
dc.date.issued2018-10-29
dc.identifier.otherukmvital:117298
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458161-
dc.descriptionPerbandingan agama merupakan satu disiplin ilmu yang membicarakan berkaitan agama-agama yang wujud di dunia ini. Pengetahuan terhadap ilmu perbandingan agama dilihat mampu memupuk hubungan yang harmoni antara penganut agama. Justeru kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tema-tema perbincangan dan kaedah pengajaran kursus-kursus perbandingan agama di Jabatan Usuluddin dan Falsafah serta hubungannya dengan nilai-nilai keharmonian antara penganut agama, khususnya di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen, temu bual mendalam separa struktur dan merujuk kepada sumber-sumber penulisan berkaitan dengan kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan dihuraikan secara diskriptif. Hasil kajian mendapati kursus-kursus perbandingan agama dibincangkan dari pelbagai aspek seperti sejarah perkembangan, doktrin, aliran-aliran yang wujud dalam agama, sistem nilai kehidupan masyarakat berbeza agama dan isu-isu keharmonian antara agama. Selain itu kajian juga mendapati terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan seperti kuliah, tutorial, syarahan, analisis teks, perbincangan, lapangan melalui temu bual dan pemerhatian. Kajian juga mendapati pengetahuan mengenai agama-agama dalam pengajaran kursus-kursus perbandingan agama memberi impak yang positif kepada pelajar dalam meningkatkan keyakinan pelajar untuk berinteraksi dengan non-Muslim, menghilangkan persepsi negatif pelajar terhadap agama lain, membina hubungan antara pelajar berlainan agama, membina kemahiran dalam berinteraksi dengan non-Muslim, membantu kefahaman pelajar mengenai agama dan nilai serta menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu perbandingan agama dengan lebih mendalam. Kajian ini merumuskan bahawa kursus-kursus Perbandingan Agama memainkan peranan penting dalam memupuk keharmonian antara penganut agama khususnya di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectIslam -- Relations -- Christianity
dc.subjectIslam -- Relations
dc.subjectIslam -- Study and teaching
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengajaran kursus-kursus perbandingan agama dalam mengharmonikan hubungan antara penganut agama
dc.typetheses
dc.format.pages167
dc.identifier.callnoBP172.S23 2018 tesis
dc.identifier.barcode004378(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117298+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
103.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.