Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458159
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAshraf Ismail, Dr.
dc.contributor.authorNuruljannah Nik Mohd Tahir (P78798 )
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:41Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:41Z-
dc.date.issued2019-02-27
dc.identifier.otherukmvital:117020
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458159-
dc.descriptionProfesion guru hari ini berhadapan dengan cabaran yang cukup hebat. Isu bebanan kerja, guru kurang terlatih, desakan guru bekerja lebih masa dan stres dalam organisasi telah menimbulkan tekanan kepada guru. Tekanan ini boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan menimbulkan kepincangan akhlak dalam kalangan guru jika tidak dibendung. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan gaya pengajaran guru. Selain itu tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan kedua-dua pemboleh ubah mengikut faktor demografi serta hubungan antara kecerdasan emosi dan gaya pengajaran guru. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah yang melibatkan 56 orang guru agama di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru BangiBandar Baru Bangi dan Sekolah Rendah Agama Sungai Kantan di Daerah Hulu Langat. Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t, anova sehala dan korelasi pearson. Berdasarkan nilai pekali alpha Cronbach, kecerdasan emosi mencapai 0.957 manakala gaya pengajaran memperoleh 0.951. Hasil kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi guru berada di tahap tinggi pada ketujuh-tujuh konstruk kecerdasan emosi. Manakala gaya pengajaran menunjukkan guru-guru agama JAIS lebih menggunakan gaya model peribadi dan gaya fasilitator berbanding gaya bebas, gaya berstruktur dan gaya pakar. Ujian-t pada kedua-dua pemboleh ubah menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan mengikut jantina. Manakala analisis anova sehala pada konstruk kecerdasan emosi pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada kumpulan umur 36 tahun ke atas. Analisis korelasi pula menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan (r<0.5) antara kecerdasan emosi dan gaya pengajaran secara keseluruhan. Kajian ini secara jelas menunjukkan kekuatan kecerdasan emosi guru agama JAIS memberi impak terhadap gaya pengajaran. Justeru itu, hasil kajian ini menggesa tindakan pihak JAIS untuk lebih memperkemas kursus pengajaran sedia ada disamping menambah kursus kecerdasan emosi yang dilihat sangat berkait rapat.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectEmotional intelligence -- Study and teaching
dc.subjectEmotional intelligence -- Malaysia
dc.subjectIslamic religious education -- Selangor
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHubungan kecerdasan emosi dan gaya pengajaran guru: kajian di sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages123
dc.identifier.callnoBF576.N83 2019
dc.identifier.barcode004439(2020)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117020+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.