Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458155
Title: Analisis sintaksis pola ayat dan elemen transformatif teks hadis
Authors: Mohd Hafizan Ab Halim (P43757)
Supervisor: Kaseh Abu Bakar, Dr.
Keywords: Arabic language -- Syntax
Hadith -- Language
style
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Sep-2012
Description: Kajian ini bertujuan menganalisis dan mengenalpasti bentuk pola ayat serta elemen transformatif yang terdapat dalam ayat teks hadis. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisa korpus terhadap struktur dan pola ayat teks–teks hadis daripada buku teks Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Kementerian Pelajaran Malaysia bertajuk al-Ahadith al-Mukhtarah min Fath al-Mubdi bi Sharh Mukhtasar al-Zubaydi yang dikarang oleh cAbdullah al-Sharqawi. Dalam kajian ini, Teori Generatif dan Transformatif oleh Chomsky dijadikan sebagai kerangka teori analisis kajian. Menurut teori ini, ayat generatif ialah kerangka utama binaan ayat. Ia adalah struktur minimum sesuatu ayat yang difahami. Struktur ayat ini berubah apabila elemen–elemen transformatif dimasukkan ke dalam ayat generatif ini. Dalam bahasa Arab, elemen transformatif yang biasa dimasukkan terdiri daripada tiga bentuk, iaitu dalam bentuk susunan (al-tartib), penambahan (al-ziyadah) dan pengguguran (al-hadhf). Dapatan kajian menyimpulkan bahawa setiap perubahan dalam ayat adalah disebabkan oleh elemen transformatif. Elemen–elemen ini dimasukkan bagi tujuan tertentu, sama ada sebagai pengukuhan, penjelasan kepentingan, pembentukan ayat syarat dan sebagainya. Setiap elemen yang ditambah dan kedudukan susun atur perkataan dalam ayat mempunyai fungsinya yang tersendiri. Pengkaji turut mendapati kekerapan kemasukan elemen penambahan (al-ziyadah) dalam ayat adalah melebihi elemen-elemen transformatif yang lain. Manakala dari sudut pola ayat, didapati terdapat sebanyak dua puluh empat jenis pola asas dan terbitan yang digunakan dalam ayat teks-teks hadis ini. Pola yang terbanyak digunakan ialah pola berbentuk kata kerja + pelaku + objek, iaitu sebanyak lima puluh enam kali digunakan. Kemudian diikuti oleh pola berbentuk kata kerja + pelaku iaitu sebanyak dua puluh tiga kali dan pola subjek + predikat sebanyak dua puluh tiga kali. Daripada dapatan ini, dapat dilihat bahawa kebanyakan pola ayat yang membentuk teks hadis adalah daripada pola–pola asas dan terbitan yang mudah. Ini menyebabkan ayat dalam teks hadis adalah mudah difahami.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 175
Call Number: PJ6151.M844 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115186+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.