Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458148
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Ridzuan Awang, Prof. Madya.-
dc.contributor.authorNurul Huda Abdullah (P52111)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:36Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:36Z-
dc.date.issued2012-04-19-
dc.identifier.otherukmvital:115171-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458148-
dc.descriptionJangkamasa pengendalian pengurusan harta pusaka orang Islam kebiasaannya mengambil masa yang panjang. Hal ini menyebabkan waris-waris mengalami kerugian dalam proses tuntutan pentadbiran dan pembahagian. Hibah adalah antara kaedah yang dapat membantu menyelesaikan atau mengurangkan masalah tersebut. Justeru, konsep hibah yang lebih sesuai adalah hibah yang digabungkan dengan amanah iaitu amanah hibah. Objektif kajian ini ialah mengkaji konsep amanah hibah dan pelaksanaannya menurut syarak. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pelaksanaan amanah hibah di CIMB Trustee Berhad dan Amanah Raya Berhad (ARB) di samping menganalisis persamaan dan perbezaan pelaksanaan amanah hibah di kedua-dua institusi tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen yang merangkumi analisis kitab-kitab, al-Quran, Hadis, kajian lepas dan artikel-artikel yang berkaitan. Kajian juga menggunakan kaedah kajian kes iaitu melibatkan dua institusi yang melaksanakan amanah hibah. Ianya dilakukan melalui kaedah temubual semi berstruktur dengan tiga orang pegawai CIMB dan seorang pegawai ARB. Hasil kajian mendapati terdapat persamaan dan perbezaan amalan pelaksanaan antara dua institusi tersebut. Persamaan dapat dilihat dalam konsep amanah yang mana kedua-dua institusi tersebut memenuhi keperluan syarak. Manakala perbezaannya banyak terdapat dalam perkara berkaitan hibah. Antaranya ialah dari segi penyerahan dan mengetahui berkaitan harta hibah. Amanah hibah di CIMB Trustee Berhad terjadi dengan akad amanah berlaku terlebih dahulu dan CIMB Trustee Berhad sebagai penerima hibah serta bertindak sebagai pemegang amanah. Benefisiari penghibah akan mengetahui dan menerimanya selepas kematian penghibah. Manakala amanah hibah di ARB penerima hibah akan menerima serta maklum berkaitan harta hibah sebelum melantik ARB sebagai pemegang amanah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTrusts and trustees (Islamic law)-
dc.subjectInheritance and succession (Islamic law)-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePelaksanaan amanah hibah di CIMB Trustee Berhad dan Amanah Raya Berhad-
dc.typetheses-
dc.format.pages146-
dc.identifier.callnoBP158.T78N845 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002514(2012)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115171+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
880.5 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.