Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458145
Title: Penggunaan yamin dalam pensabitan kes mal di mahkamah syariah Negeri Sembilan dari tahun 2007-2009
Authors: Norita Kamaruddin (P51548)
Supervisor: Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Oaths (Islamic law)
Courts
Islamic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Jan-2012
Description: Al-yamin merupakan salah satu keterangan yang diterima pakai di Mahkamah Syariah. Tujuan pensyariatan yamin adalah untuk menyelesaikan perbalahan, mengembalikan hak kepada tuannya dan menyelamatkan maruah dari tohmahan. Kajian ini dilakukan bertujuan meneliti konsep yamin menurut syarak dan penggunaannya di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan khususnya di dalam pensabitan kes-kes mal. Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sembilan yang berkaitan yamin serta melihat bagaimana tatacara perlaksanaannya. Jenis kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif menerusi pendekatan kajian kes. Pengumpulan data diperolehi melalui kajian dokumentasi, temubual dan pemerhatian. Kajian dokumentasi merangkumi penelitian konsep yamin di dalam kitab-kitab fiqah dan peruntukan dalam enakmen. Kajian turut meneliti fail-fail kes mal yang melibatkan yamin dari tahun 2007-2009. Kajian ini juga menggunakan kaedah temubual. Temubual berstruktur dibuat ke atas dua hakim Mahkamah Syariah yang dikenalpasti manakala temubual tidak berstruktur dibuat ke atas beberapa orang pegawai Mahkamah Syariah. Hasil kajian ini mendapati pensyariatan yamin sebagai pembuktian dalam perbicaraan tidak dipertikaikan lagi. Hasil kajian di lapangan pula mendapati jumlah penggunaan yamin dari tahun 2007-2009 adalah sebanyak 483 kes. Penggunaan yamin yang terbanyak di Mahkamah Tinggi Syariah adalah kes yang melibatkan pengesahan nikah poligami iaitu sebanyak 15 kes. Manakala di Mahkamah Rendah Syariah pula kes yang banyak menggunakan yamin adalah fasakh iaitu sebanyak 168 kes. Berdasarkan kes-kes tersebut didapati ada yamin yang digunakan untuk menjatuhkan hukuman dan ada juga yamin diaplikasikan untuk meyakinkan dan menyenangkan pihak-pihak yang berkenaan. Pelbagai kategori al-yamin diguna pakai dan diaplikasikan seperti yamin al-istizhar, yamin al-muddaca calaih, yamin al-shahid, yamin al-jalibah, yamin al-mardudah dan nukul al-yamin. Yamin al-istizhar kerap digunakan iaitu sebanyak 88.9% oleh hakim di Mahkamah Syariah Seremban kerana yamin tersebut bukanlah untuk memutuskan kes sahaja tetapi untuk meyakinkan hakim dan mahkamah dalam membuat keputusan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 150
Call Number: BP158.O2N645 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115170+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
17.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.